|
Luna Maya akui dulu dia bodoh
Luna Maya
Jakarta: "Saya dulu bodoh. Saya tak pernah mengakui saya pintar. Saya dulu adalah orang yang emosi, saya harus mengakuinya," kata pelakon popular Indonesia, Luna Maya dalam satu forum sempena Hari Wanita Sedunia.
Menerusi pengakuan yang dimuat naik di Instagram lunamaya.story, dia turut menjelaskan kebodohannya akibat tiada pengalaman dalam hidup.
"Apabila kamu masih muda, kamu bodoh dan emosional. Semuanya kenapa, kerana tiada sebarang pengalaman dan itu okey.
"Jangan pernah takut untuk mengakui saya dulu bodoh. Saya dulu itu ini. Okey, sekiranya pernah buat salah. Kalau tak pernah salah, mana tahu benarnya, mana tahu salahnya. Semua terus betul saja. Ia menjadikan hidup kita tidak berwarna," katanya.
Dalam video sama, Luna Maya turut berkongsi impiannya untuk bergelar seorang ibu yang belum kesampaian.
Perkongsian terbabit setakat ini mendapat lebih 6,000 tanda suka. Malah, ramai netizen memberi kata-kata semangat agar Luna Maya bangkit dari kesalahan silam dan terbang lebih tinggi.
Tidak kurang ada yang mengakui banyak belajar daripada semangat Luna Maya yang semakin yakin dengan kehidupannya sekarang.
https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... akui-dulu-dia-bodoh
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|