View: 925|Reply: 2
|
Hyomin putus cinta akibat tekanan peminat
[Copy link]
|
|
HYOMIN
Hyomin putus cinta akibat tekanan peminat
JANUARI lalu, penyanyi Hyomin dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan pemain bola sepak terkenal, Hwang Ui-jo selepas mereka dirakam menghabiskan masa bersama di Switzerland.
Biarpun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-duanya berkenaan status hubungan mereka, namun baru-baru ini percintaan pasangan itu dilaporkan telah musnah di tengah jalan.
Semuanya gara-gara Hyomin dan Ui-jo dikatakan tertekan dengan situasi apabila hubungan cinta mereka menjadi perhatian umum.
“Kami ingin memaklumkan kisah hubungan Hyomin dan Ui-jo yang dilaporkan pada Januari lalu.
“Ketika itu, hubungan mereka lancar. Namun, disebabkan tekanan, kedua-duanya memilih untuk kekal sebagai kawan,” ujar agensi Hyomin.
Status terkini hubungan anggota T-ara dengan pemain bola sepak itu nyata menyebakkan peminat.
“Sedihnya tapi saya doakan yang terbaik, semoga mereka bertemu bahagia,” ujar peminat.
https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... at-tekanan-peminat/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 14-3-2022 07:37 PM
Mcm lebih kpd netizen yg tak restu. Hyomin ni idol taraf biasa2 je dan dia dulu dalam group yg pernah terpalit kontroversi sbb tu netizen tak suka, kalau top idol yg takde kontroversi rasa ok ler lagi. Ui-Jo tu national sportsman, taraf laen dimata netizen. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah jadi orang famous disana peminat mereka fanatik sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|