CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1204|Reply: 3

Aamir Khan berhenti minum alkohol

[Copy link]
Post time 16-3-2022 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Aamir menyesal kurang masa bersama anak.

PELAKON Aamir Khan mengakui dirinya kini bebas dari alkohol.

Menurut pelakon usia 57 tahun ini, dia bukanlah seorang kaki mabuk, namun boleh menghabiskan sebotol minuman keras ketika menikmatinya.


“Saya tidak lagi mengambil minuman keras sekarang ini.

“Saya bukanlah seorang kaki minum dan hanya mengambil minum keras sekali-sekala sahaja.

“Bagaimanapun jika minum saya boleh habiskan satu botol. Saya rasa itu sesuatu yang tidak bagus.

“Apabila dalam keadaan mabuk, kita boleh terlepas cakap tentang apa sahaja dan kemudian menyesalinya.

“Walaupun tidak pernah terjadi kepada saya, namun menjadi seorang pemabuk adalah tidak baik untuk saya,” katanya seperti yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Semenatara itu Aamir turut meluahkan rasa menyesal kerana gagal menjadi bapa terbaik buat anak-anak.

Aamir tidak mahu lagi mengambil minuman keras


Aamir Khan

Kata Aamir dia terlalu sibuk dengan kerjaya sebelum ini sehingga tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga.

“Kesilapan terbesar saya adalah tidak meluangkan masa sebaiknya bersama anak-anak.

“Sekarang ini anak saya, Ira, sudah berusia 23 tahun dan ketika dia masih kecil saya terlalu sibuk dengan penggambaran filem.

“Setiap anak-anak kecil perlukan ibu bapa kerana mereka mempunyai kebimbangan tersendiri, namun saya tidak bersama ketika waktu itu.

“Saya tahu detik itu tak akan berulang lagi,” ujarnya.

Aamir pernah mendirikan rumah tangga bersama Reena Dutta pada 1986 dan mereka mempunyai dua orang anak iaitu Ira dan Junaid.

Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada Disember 2002.

Aamir kemudian berkahwin pula dengan Kiran Rao pada 2005 dan mempunyai seorang anak bernama Azad.

Perkahwinan kedua Aamir juga tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2021.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 02:41 PM | Show all posts
serious kaa? ke ni cite lama? heols kan dulu pernah pegi Haji bawak mak dia bgai.
haaa dia org ni buat main jer dgn agama.. moga istiqomah insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 16-3-2022 06:41 AM
serious kaa? ke ni cite lama? heols kan dulu pernah pegi Haji bawak mak dia bgai.
haaa dia org ni bu ...

A alah sis. Dunia hiburan. Pelakon veteran Rahim Razali tu pun netizen pernah nampak selama togok wine.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 09:17 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 16-3-2022 10:25 PM
A alah sis. Dunia hiburan. Pelakon veteran Rahim Razali tu pun netizen pernah nampak selama togok  ...

alaa uols kalau bkn dari dunia hiburan pun apa kurangnya iya dak? ahhh heols tu study kat obersea Aust kan, tu yg terpaling melayu..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.055087 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list