|
Rambut petanda sakit jantung
TORONTO - Tekanan mungkin membuatkan kebanyakan individu cenderung untuk menarik rambut, tetapi rambut mampu menjadi pengukur tahap tekanan yang dihadapi seseorang, menurut kajian terbaru.
Kajian University of Western Ontario, Kanada itu mendapati, hormon yang dikeluarkan di bawah tekanan, kortisol boleh diukur di dalam rambut, memberikan rekod jangka masa panjang mengenai tekanan kronik yang dihadapi seseorang.
Tahap kortisol yang tinggi di dalam rambut juga dikaitkan dengan serangan jantung, menurut sepasukan penyelidik yang menjalankan kajian itu.
Ujian itu mungkin akan digunakan bagi mengenal pasti individu yang berisiko tinggi menghidap penyakit berkaitan jantung.
Menurut saintis, hormon kortisol yang dirembeskan ke dalam darah apabila seseorang berada dalam keadaan tertekan akan meresap masuk ke folikel, atau akar rambut.
Pertumbuhan rambut menyebabkan sisa kortisol terperangkap, menjadikan rambut seperti rekod pengukur tekanan.
credit to sinar harian online |
|