CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 545|Reply: 0

Bakal gegar Anfield

[Copy link]
Post time 19-3-2022 11:35 AM | Show all posts |Read mode

THE Rolling Stones bakal gegar Eropah mulai Jun ini.

KUMPULAN rock legenda dunia, The Rolling Stones mengumumkan tarikh konsert pertama mereka di United Kingdom selepas kematian pemain dram mereka, Charlie Watts tahun lalu.

The Rolling Stones yang kini dianggotai Mick Jagger (penyanyi), Keith Richards (gitar) dan Ronnie Wood (gitar) akan mengadakan konsert di Liverpool dan London yang juga sebahagian daripada lokasi Konsert Jelajah Eropah sempena ulang tahun ke-60 penubuhan kumpulan itu tahun ini.

Ketika konsert jelajah Amerika Syarikat tahun lalu, Watts digantikan oleh Steve Jordan, pemain dram yang sering mengiringi persembahan Richards sejak era 1980-an.

Watts yang menyertai The Rolling Stones pada 1963 meninggal dunia pada Ogos tahun lalu pada usia 80 tahun.

Apabila mereka kembali mengadakan konsert sebulan selepas kematian Watts, Jagger mendedikasikan persembahan itu khas buat sahabat lamanya itu.

"Kami amat merindui Charlie. Kami rindukannya sebagai anggota kumpulan ini dan sebagai sahabat, sama ada di atas dan di luar pentas," katanya kepada penonton ketika mengadakan konsert di Massachusetts, Amerika Syarikat.

Konsert Jelajah sempena ulang tahun ke-60 The Rolling Stones itu dinamakan sebagai Sixty. Ia juga bakal tampil dengan produksi dan pentas The Rolling Stones yang terbaru.

Konsert Jelajah Sixty akan bermula di Madrid, Sepanyol pada 1 Jun ini. Mereka juga bakal mengadakan konsert di stadium keramat Liverpool, Anfield yang juga persembahan pertama mereka di Liverpool dalam tempoh 50 tahun.

Selain itu, The Rolling Stones akan mengadakan dua konsert di London, serta beberapa konsert di Switzerland, Belgium, Jerman, Austria dan Perancis.


CHARLIE Watts meninggal dunia Ogos tahun lalu pada usia 80 tahun.

"Maaf kerana membuatkan anda ternanti-nanti. Sekarang, penantian itu sudah berakhir," kata Richards ketika mengumumkan tarikh konsert jelajah Sixty itu.

"Saya selalu mengatakan tempat terbaik untuk menghayati muzik rock & roll adalah di konsert The Rolling Stones dan tahun ini adalah sangat istimewa.

"Tak sabar untuk berlatih dan membuat persembahan bersama Mick, Ronnie dan beberapa rakan lain. Kami semua sudah bergerak. Jumpa anda tak lama lagi," katanya.

Sementara itu, Ronnie berkata, apabila melihat 'lautan manusia' dalam konsert mereka di Eropah sebelum ini, apa yang dia nampak ialah senyuman.

"Ia sangat menyentuh hati. Saya bangga dapat membuat orang gembira setiap kali kami mengadakan persembahan. Memang tak sabar untuk beraksi di pentas baru bersama mereka," katanya.

https://www.hmetro.com.my/rap/2022/03/822491/bakal-gegar-anfield

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.045694 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list