Justin Bieber bakal mengadakan konsert jelajah dunia (world tour) di Malaysia pada 22 Oktober ini.
Kredit foto: IG Justin Bieber
Berita itu dikongsikan menerusi Twitter Justice Tour Updates, sekaligus menjadikan Justin, artis antarabangsa pertama mengadakan konsert berskala besar di Malaysia sejak Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.
Menerusi muat naik itu, Justin memilih Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lebih 87,000 kapasiti untuk konsert jelajahnya di Kuala Lumpur akan datang ini.
Bukan itu saja, konsert yang berlangsung selama satu hari itu akan memperdengarkan lebih 20 lagu pilihan khas untuk peminatnya seperti Somebody, Hold On, Deserve You dan banyak lagi.
Menerusi carian murai.my di laman Go Live-Asia yang menjual tiket konsert penyanyi bersuara emas itu, anggaran tiket bermula dari RM288 sehingga RM2,088 mengikut kawasan tempat duduk yang dipilih.
Tiket konsert akan mula di jual pada 31 Mac, dah sedia ke nak habiskan duit?
Sumber: Murai |