CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Pulau Pinang] Zakat fitrah di Pulau Pinang ditetapkan antara RM7 hingga RM20

[Copy link]
Post time 29-3-2022 03:17 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Zakiyuddin Abdul Rahman (kiri) bersama Amran Hazali menunjukkan Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2022 di Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN


PERMATANG PAUH: Bayaran zakat fitrah bagi Pulau Pinang tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM13 dan RM20, meningkat sedikit berbanding tiga kadar sama tahun lepas iaitu RM7, RM12 dan RM16.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, mana-mana individu yang ingin membuat bayaran lebih tinggi berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, jumlah terendah iaitu RM7 ditetapkan bagi kumpulan majoriti yang makan beras jenis ‘super special tempatan lima peratus’, ‘super special tempatan 10 peratus’, beras tempatan standard, beras tempatan premium atau lain-lain setara dengannya.

“Sementara itu, kadar bayaran RM13 dan RM20 dikhususkan bagi kumpulan makan beras wangi, beras pulut dan beras ‘calrose/poney’ atau setara dengannya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah untuk Tahun 2022 oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) di sini hari ini.

Jelas Ahmad Zakiyuddin, bagi kaedah pembayaran pula boleh dibuat secara dalam talian atau fizikal iaitu bersemuka pada tahun ini.

“Bagaimanapun, kami lebih menggalakkan pembayaran itu dibuat secara dalam talian sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, seramai 1,709 orang amil dilantik untuk membuat kutipan zakat fitrah di kesemua 234 buah pusat kutipan di negeri ini tahun ini dengan sasaran kutipan sebanyak RM6.5 juta.

“Sasaran itu dibuat berdasarkan kejayaan ZPP mengumpul sebanyak RM6.02 juta pada tahun lepas iaitu meningkat sebanyak 9.4 peratus berbanding RM5.5 juta pada 2020,” jelasnya.

Tambah Ahmad Zakiyuddin, peningkatan jumlah kutipan itu berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk kesungguhan para amil yang dilantik untuk mempelbagaikan kaedah kutipan sehingga berjaya merekodkan kadar kutipan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali memberitahu, sebanyak RM147.2 juta zakat berjaya dikutip secara keseluruhannya sepanjang tahun lepas dengan jumlah muzakki atau pembayar zakat seramai 74,183 orang.

Katanya, jumlah kutipan itu meningkat sebanyak 12.5 peratus berbanding kutipan pada 2020 iaitu sebanyak RM130.8 juta melibatkan seramai 70,677 muzakki.

“Bagi agihan dana pula, sebanyak RM141.5 juta telah diagihkan sepanjang tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 11.8 peratus berbanding RM126.6 juta tahun 2020,” jelasnya. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.471540 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list