CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 892|Reply: 0

Kelas al-Quran dalam talian tingkatkan kemahiran

[Copy link]
Post time 31-3-2022 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Kelas al-Quran dalam talian tingkatkan kemahiran


Belajar al-Quran dalam talian dengan kaedah yang interaktif mempunyai tarikan tersendiri. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Mengaji al-Quran secara dalam talian menggunakan kaedah yang interaktif mempunyai tarikan tersendiri bagi menggalakkan kanak-kanak menguasai dan meningkatkan kemahiran bacaan berkenaan.

Kaedah pembelajaran itu membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan guru agama masing-masing untuk menguasai bacaan al-Quran dan tidak ketinggalan terutama ketika pengajaran bersemuka belum dilaksanakan sepenuhnya berikutan situasi pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

Penyelia KAFA di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), Fatimah Suhaily Zaini Rijal, berkata, kaedah pengajaran al-Quran secara dalam talian banyak diperkenalkan seperti al-Baghdadi, teknik kad imbasan atau aplikasi interaktif lain dapat membantu anak-anak menguasai kemahiran mengaji.

Katanya, melalui paparan, latih tubi dan bacaan interaktif dapat memudahkan anak-anak mempelajari dan mengulang kaji pembelajaran al-Quran di rumah.

"Pemantauan daripada ibu bapa juga membantu penguasaan anak-anak agar ilmu pembelajaran al-Quran berterusan dan dapat dipraktikkan dari masa ke semasa.

"Fitrah kanak-kanak cenderung bermain video atau menonton program kesukaan mereka sama ada melalui televisyen atau gajet milik ibu bapa. Justeru, tiada masalah jika diberi gajet seperti komputer peribadi untuk mereka mempelajari al-Quran menggunakan kaedah itu," katanya.


Fatimah Suhaily Zaini Rijal

Beliau berkata, jika dilihat situasi pandemik dua tahun dahulu Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) sudah dijalankan di semua sekolah, jadi tiada masalah untuk mereka mengikutinya dengan baik.

"Kanak-kanak juga sudah terbiasa dengan cara ini dan seharusnya ia diteruskan tanpa sebarang masalah," katanya.

Kaedah berkenaan sebenarnya tidak menghakis kelas mengaji secara bersemuka yang sudah menjadi kelaziman ibu bapa menghantar anak untuk mendapatkan ilmu teknik membaca al-Quran atau mengaji dengan ustazah bertauliah.

Jika keadaan situasi COVID-19 semakin diyakini, belajar al-Quran sama di masjid, surau atau kelas agama persendirian, selain Sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pembelajaran mengaji boleh diteruskan tanpa ragu sebagai memenuhi kewajipan umat Islam menuntut ilmu itu.

Beliau berkata, bagi meningkatkan kemahiran membaca al-Quran, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan membaca bersama-sama anak selepas solat atau memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 30 minit bagi mengenal huruf pada Iqra.

Banyak kaedah mengajar al-Quran yang sering digunakan seperti Talaqqi Musyafahah, Tasmik (peringkat sekolah), Tadarus (biasanya di masjid atau surau),Tikrar (kaedah latih tubi), Imla'I, Baghdadiah, Iqra', Qiraati dan Hattawiah.

Pelbagai teknik boleh digunakan ibu bapa sebagai inisiatif menggalakkan anak mempelajari bacaan al-Quran seperti pembelajaran dalam talian.

"Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020, ada ibu bapa mengambil peluang terbaik untuk mengaplikasi anak belajar secara dalam talian. Oleh itu, tiada masalah inisiatif ini dilakukan dengan ustaz atau ustazah bertauliah," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... ingkatkan-kemahiran


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list