CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

Yew Sin sedar bukan sekadar penumpang

[Copy link]
Post time 21-4-2022 04:04 PM | Show all posts |Read mode

YEW SIN (kanan) hu fikir sangat mengenai tekanan. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Pemain beregu profesional negara, Ong Yew Sin sedar kehadirannya bersama Teo Ee Yi dalam skuad Piala Thomas kali ini bukan sekadar penumpang seperti ketika kali pertama terpilih pada 2016 di Kunshan, China.

Sebaliknya dia serta Ee Yi kini menggalas tugas berat diturunkan selaku gandingan kedua terbaik negara pada kejohanan berpasukan itu yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand dari 8 hingga 15 Mei depan.

"Kali ini kami menggalas tanggungjawab lebih berat dan jika diberi peluang bermain, kami perlu ambil tanggungjawab itu sebaik-baiknya.

"Pada 2016, saya dengan Ee Yi memang ada dalam pasukan tetapi masa itu kami adalah pasangan junior dan tidak dapat bermain. Ketika itu gandingan utama adalah Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong selaku beregu kedua.

"Faktor tekanan dalam kejohanan berpasukan sememangnya berbeza berbanding beraksi dalam kejohanan individu. Tapi saya dan Ee Yi tak mahu fikir sangat mengenai tekanan kerana ia hanya menjadikan situasi kami lebih teruk," katanya.

Sementara itu mengulas undian skuad negara yang diletakkan bersama-sama juara 2014, Jepun, England dan New Zealand dalam Kumpulan D, Yew Sin beranggapan bukan Jepun sahaja perlu diberi perhatian dan menjadi lawan yang sukar.

"Tak kiralah sama ada Jepun atau mana-mana pasukan lain, kita kena fokus dengan setiap lawan yang ditemui. Pertemuan dengan New Zealand dan England juga sangat penting kerana ia akan menentukan sama ada kita boleh layak ke suku akhir atau tidak," katanya.

Selain Yew Sin-Ee Yi, beregu negara yang turut membarisi skuad Piala Thomas kali ini adalah pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diletakkan selaku gandingan utama.

Turut serta adalah juara Terbuka Jerman, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan pemain muda, Chia Weijie.

Kali terakhir Malaysia muncul juara Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi final.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-sekadar-penumpang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.677085 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list