CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

'Tak boleh nombor 2 atau 3, kena nombor satu'

[Copy link]
Post time 21-4-2022 04:10 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika menghadiri sesi dialog dan majlis berbuka puasa Kementerian Belia dan Sukan bersama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di sebuah hotel di Subang semalam. - Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: "Tak boleh nombor dua atau tiga, kena bagi nombor satu, itu lebih penting.

Itu kata-kata motivasi dilontarkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada kontinjen negara ke Sukan SEA Hanoi yang dijadual berlangsung kurang sebulan daripada sekarang.

Ahmad Faizal secara peribadi berkata, apa juga sasaran kutipan pingat diletakkan, atlet yang membawa nama negara harus mempamerkan persembahan yang paling terbaik di Vietnam nanti.

"Secara peribadi, saya lebih mengharapkan semua atlet dapat melakukan yang terbaik dan saya sentiasa begitu," katanya selepas menghadiri sesi dialog dan berbuka puasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM) di sini, malam tadi.


"Saya amat mementingkan apabila atlet membawa nama negara, bukan (motivasi mereka) cuma lakukan yang terbaik. Walaupun di mana tahap mereka pergi, pada saya, apabila menyarung jersi kebangsaan, kita tak boleh berikan nombor dua atau tiga, tetap kena berikan yang terbaik nombor satu, itu lebih penting.

"Pada saya kalau atlet itu tak dapat bawa pulang pingat tetapi berjaya mengatasi rekod peribadi, amat baik bagi saya. Itu saya secara peribadi tetapi tentunya saya harap dan berdoa supaya atlet kita bukan saja dapat berikan persembahan terbaik bagi memecah rekod peribadi tetapi juga dapat membawa pulang sebanyak pingat yang boleh dan saya bersyukur dengan perkara itu."

Sebelum ini, Timbalan Menteri KBS, Datuk Seri Ti Lian Ker pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara menjelaskan mengenai sasaran awal kontinjen negara di Hanoi.

Pada sesi berkenaan, Lian Ker berkata, berdasarkan perkembangan semasa dan perbandingan prestasi semasa atlet bagi temasya dwi tahunan itu, sasaran awal ditetapkan bersama Persatuan Sukan Kebangsaan adalah 79 pingat keseluruhan merangkumi 31 emas, 19 perak dan 29 gangsa.

Jumlah sasaran awal diletakkan buat 612 atlet yang menyertai kontinjen kali ini dan difahamkan angka sasaran akhir dijadual diumumkan dalam majlis penyerahan Jalur Gemilang, 25 April ini.

"Belum ditetapkan lagi sasaran untuk pulangan pingat emas dan prestasi atlet kita di Sukan SEA namun perkara itu akan kita maklumkan, ataupun kita letakkan satu sasaran munasabah untuk kita kejar.

"Apa yang penting, sekarang ini atlet kita sedang gigih dalam latihan walaupun dalam bulan puasa dan saya dapati semangat mereka begitu kuat. Semalam, saya bersama beberapa atlet dan dalam perbualan itu, saya dapat semangat mereka untuk menjulang nama negara di Sukan SEA ini sangat kuat dan harap momentum itu dapat diteruskan," kata Ahmad Faizal.

Untuk rekod, kontinjen negara ke Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina menamatkan kempen temasya dengan mengutip 56 emas, 57 perak dan 72 gangsa..
https://www.bharian.com.my/sukan ... -3-kena-nombor-satu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.035302 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list