View: 451|Reply: 0
|
Chia Weijie curi tumpuan terpilih ke Piala Thomas
[Copy link]
|
|
Chia Weijie (kanan) antara 12 pemain skuad badminton negara yang disenaraikan bagi menghadapi Piala Thomas di Bangkok. - Foto ihsan FB BAM.
KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki muda, Chia Weijie mencuri tumpuan apabila terpilih dalam senarai 12 pemain skuad badminton negara bagi menghadapi saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok yang bermula 8 hingga 15 Mei ini.
Penyenaraian pemain berusia 22 tahun itu sesuatu yang mengejutkan selepas namanya tidak berada dalam senarai 13 pemain yang dipanggil bagi kem latihan pusat yang bermula sejak Jumaat lalu.
Keputusan itu menyaksikan seramai tujuh pemain beregu dipilih bagi membawa cabaran di Bangkok termasuk tiga pasangan utama iaitu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Bagi acara perseorangan pula, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan lima pemain iaitu Lee Zii Jia, Liew Daren, Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Leong Jun Hao.
Dua pemain iaitu Ong Ken Yon dan Shaqeem Eiman Shahyar yang disenaraikan bagi menjalani latihan pusat sebelum ini digugurkan daripada skuad.
Cabaran skuad lelaki di Bangkok akan diketuai Aaron yang dipilih sebagai kapten pada kempen kali ini.
Sementara itu, skuad Piala Uber pula menampilkan S Kisona, Goh Jin Wei, Eoon Qi Xuan, Pearly Tan, M Thinaah bersama tujuh muka baharu yang akan membuat penampilan pertama iaitu Myisha Mohd Khairul, Tan Zhing Yi, Anna Cheong, Teoh Mei Xing, Low Yeen Yuan, Valeree Siow dan pemain berusia 17 tahun, Chan Wen Tse.
https://www.bharian.com.my/sukan ... lih-ke-piala-thomas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|