CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 0

Boleh raih maksimum 41 emas

[Copy link]
Post time 26-4-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode

Ketua kontinjen, Sukan SEA Vietnam, Datuk Paduka Nur Azmi Ahmad bersama kontinjen Malaysia sempenaperhimpunan akhir sebelum berangkat ke Vietnam. - Foto Genes Gulitah/BH

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia diramal hanya mampu membawa pulang maksimum 41 pingat emas iaitu lebih 10 berbanding 31 emas yang disasarkan pada Sukan SEA Hanoi di Vietnam yang bermula 12 hingga 23 Mei ini.

Pensyarah Kanan Fakuliti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa berkata jangkaan itu dibuat berasaskan prestasi atlet negara lain dan sukan yang dipertandingkan di temasya dwitahunan berkenaan.

"Kalau kata lebih pun hanya 10 emas manakala kalau kurang mungkin lima emas. Kita banyak bergantung kepada sukan invididu (untuk memenangi emas) berbanding berpasukan.

"Untuk sukan individu pula kebanyakannya adalah atlet pelapis yang kurang pendedahan di peringkat antarabangsa.


"Namun, ia juga sebenarnya sesuatu yang baik (penyenaraian atlet pelapis) kerana berdasarkan keputusan di Sukan SEA ini, MSN (Majlis Sukan Negara) boleh menyusun program pendedahan untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia seterusnya melakukan perancangan untuk Sukan Olimpik Paris 2024," katanya.

Mengulas lanjut, Sadek menyifatkan sasaran 31 emas yang diletakkan buat kontinjen negara adalah bersesuaian biarpun jumlah itu boleh dianggap kecil jika dibandingkan dengan 589 atlet negara yang akan menyertai Sukan SEA kali ini.

Selain itu, katanya ia juga mengambil kira kurangnya pendedahan dalam kejohanan kompetitif terutama buat atlet pelapis selama dua tahun akibat COVID-19.

"Selain itu, atlet muda kita juga sudah dua kali tidak dapat beraksi di SUKMA (Sukma Malaysia) selepas ditangguhkan yang mana ia adalah temasya penting untuk pemilihan sebagai atlet pelapis kebangsaan.

"Saya juga percaya jika kita meletakkan sasaran yang terlalu tinggi dengan kebanyakan atlet kali ini adalah atlet muda, ia dibimbangi akan memberikan kesan psikologi dan tekanan kepada mereka terutama selepas kurangnya pendedahan di peringkat antarabangsa," katanya.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sasaran 31 emas adalah realistik kerana ia dibuat membabitkan penilaian pelbagai perkara termasuk pertimbangan terhadap prestasi atlet negara lain yang bertanding pada temasya kali ini.

Di Hanoi, kontinjen negara akan dibarisi 864 orang terdiri daripada 589 orang atlet (364 orang lelaki, 225 orang wanita) dan 275 orang pegawai (222 orang lelaki dan 53 orang wanita).

https://www.bharian.com.my/sukan ... ih-maksimum-41-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.490690 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list