CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 682|Reply: 0

Rawatan gigi tak batal puasa

[Copy link]
Post time 30-4-2022 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Rawatan gigi tak batal puasa


Prosedur rawatan cuci gigi, tampalan, cabutan gigi, pembedahan mulut kecil dan lain-lain tidak membatalkan puasa. - Gambar hiasan

SERING timbul persoalan adakah boleh

rawatan pergigian diteruskan ketika berpuasa? Adakah akan membatalkan puasa?

Berdasarkan keputusan Majma' al-Fiqhi al-Islami, No. 93 (1/10) pada 3 Julai 1997 menjelaskan perkara berikut tidak membatalkan puasa, iaitu: "Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut daripada prosedur itu."

Justeru, prosedur rawatan seperti cuci gigi, tampalan, cabutan gigi, pembedahan mulut kecil, suntikan bius setempat, 'braces', kanal akar, 'crown' dan 'bridge' atau lain-lain, boleh dilakukan.

Peralatan berkelajuan tinggi digunakan membersihkan gigi berlubang sebelum gigi ditampal perlu berputar lebih 200,000 rpm untuk membolehkannya memotong lapisan gigi seperti enamel dan dentin.

Menurut Aktivis I-Medik yang juga Pegawai Pergigian Kementerian Kesihatan, Dr Kaiyisah Husain, jika semburan air dihentikan keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pulpa gigi dan tisu lain dan meningkatkan risiko sensitiviti.

Pendedahan haba berlebihan tanpa semburan air secukupnya boleh mencederakan pulpa gigi dan mengganggu fungsi gigi pada masa depan.

Semburan air daripada peralatan rawatan itu tidak salah dan perlu walaupun berpuasa.

Jaga gigi ketika berpuasa

Mengenai berpuasa menyebabkan bau mulut ada cara untuk mengelakkannya.

Ketika berpuasa, mulut agak kering kerana kurang rangsangan penghasilan air liur daripada proses makan dan minum selama lebih 13 jam atau kurang bercakap.

Sisa makanan tidak teliti dibersihkan menyumbang mulut berbau disebabkan aktiviti bakteria.

Kaviti gigi lebih cepat terbentuk jika mulut kering dalam tempoh lama.

Ingat, jangan tinggalkan sisa makanan di dalam mulut tanpa dibersihkan sepanjang berpuasa.

Justeru, digalakkan memberus gigi atau bersiwak tiga kali sehari agar kuman dan bakteria jahat tidak melekat di dalam mulut dalam tempoh lama.

Sebaiknya gosok 30 minit selepas sahur, sebelum tergelincir matahari dan sebelum tidur.

Pastikan pilih berus gigi lembut dan ubat gigi berflorida untuk perlindungan gigi.

Tabiat menggosok gigi sejurus selepas makan atau selepas mengambil sesuatu yang tinggi kandungan asid (rendah pH) tidak bagus kerana boleh merosakkan gigi.


Penjagaan gigi termasuk ketika berpuasa amat digalakkan bagi mengelakkan mulut berbau.- Gambar hiasan

Bagaimana ia berlaku?

Dr Kaiyisah menegaskan, enamel gigi akan lemah seketika selepas makan disebabkan kehadiran asid dalam makanan atau minuman dan penghasilan asid disebabkan aktiviti bakteria.

Makanan dan minuman yang ada asid tinggi juga boleh menipiskan lapisan enamel lama-kelamaan menyumbang masalah gigi sensitif.

Jadi, berus gigi sejurus selepas makan bukan tabiat yang baik kerana ini akan melemahkan lagi enamel.

Cukup sekadar berkumur dengan air terlebih dahulu bagi menghilangkan sisa makanan selepas bersahur dan berbuka.

Tunggu 30 minit kemudian gosok supaya bahan terkandung ubat melindungi gigi supaya enamel kekal kuat dan kurangkan risiko karies gigi.

"Bersihkan sisa makanan dengan benang gigi, selepas sahur atau berbuka. Tidak digalakkan guna pencungkil gigi, elak cederakan gusi.

"Jika 'moreh' atau mengambil makan lewat malam, digalakkan 'floss' sekali lagi sebelum tidur.

'Flossing' harus dilakukan sebelum menggosok gigi supaya sisa makanan dapat dilonggarkan terlebih dulu sebelum menggosok gigi," katanya.

Berus lidah, bersihkan sisa makanan, bakteria mudah melekat kerana penyebab mulut berbau.

Guna ubat berkumur supaya nafas segar

ketika berpuasa, namun elak yang beralkohol kerana mulut lebih kering.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hujun ... igi-tak-batal-puasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038240 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list