View: 387|Reply: 0
|
Zii Jia terus garang di BAC
[Copy link]
|
|
ZII Jia teruskan kemaraan. FOTO Badminton Photo
Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan momentum kemenangan apabila menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC).
Zii Jia yang diletakkan pilihan ketiga kejohanan tidak berhadapan masalah untuk menjinakkan pilihan kelapan dari Jepun, Kanta Tsuneyama 21-13 21-11 dalam pertarungan yang memakan masa 36 minit.
Bagaimanapun Zii Jia perlu berwaspada dengan kebangkitan pemain baru dari China, Weng Hong Yang yang akan ditentang di separuh akhir esok.
Beraksi atas tiket kelayakan, Hong Yang melakarkan kejutan menewaskan pilihan kedua dari Indonesia Anthony Sinisuka Ginting 21-13 16-21 21-11.
Turut mengiringi ZIi Jia adalah juara beregu nombor dua negara yang juga juara Terbuka Jerman, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin selepas berjaya menewaskan pasangan dari China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang 21-19 21-14.
Bagaimanapun hasrat beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tunduk kepada wakil Jepun yang juga pilihan kedua Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-18 21-5.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... terus-garang-di-bac |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|