CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 0

Skuad hoki negara dapat pengalaman berharga di Australia

[Copy link]
Post time 30-4-2022 12:27 PM | Show all posts |Read mode

Ketua jurulatih skuad hoki senior kebangsaan, Arul Selvaraj memperkatakan sesuatu kepada skuadnya ketika perlawanan menentang Australia di Perth, beberapa hari lalu. - Foto ihsan FB Malaysian Hockey Confederation.

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki senior kebangsaan, Arul Selvaraj menyifatkan empat siri perlawanan persahabatan dengan pasukan nombor satu dunia, Australia sebagai satu pentas menguji keupayaan pasukan.

Walaupun pulang tanpa kemenangan dan jaringan dalam keempat-empat aksi persahabatan itu, dia percaya anak didiknya sudah menimba banyak pengalaman berharga terutama dari sudut mental dan fizikal.

"Sudut positifnya, saya rasa pemain sudah mula merasai bagaimana mereka boleh menandingi pasukan Australia daripada segi mental dan fizikal," katanya mengenai siri perlawanan persahabatan itu yang menjadi pentas persiapan pasukan menjelas Piala Asia di Jakarta dari 23 Mei hingga 1 Jun ini.

"Secara keseluruhan apa yang dikehendaki daripada jelajah ini, kita sedikit sebanyak dapat apa yang diperlukan daripada kekuatan mental untuk berlawan dan kekuatan kaki untuk mengejar Australia.


"Australia adalah pasukan nombor satu dunia, yang paling cergas dan terpantas dalam dunia hoki. Untuk itu, kita perlu banyak belajar. Kita perlu bermain dengan pasukan ketiga, keempat terbaik dunia untuk menguji tahap pemikiran dan juga kemampuan mengekalkan fasa perlawanan."

Pada aksi pertama persahabatan di Stadium Hoki Perth, skuad senior kebangsaan tewas 3-0 dengan gol berkenaan masing-masing dijaringkan Tom Wickham, Blake Govers dan Jeremy Hayward.

Aksi kedua pula menyaksikan Malaysia dibelasah 7-0 sebelum berjaya mengurangkan defisit jaringan pada perlawanan ketiga. Malaysia kemudian menutup tirai perlawanan di Perth dengan kekalahan 3-0.
https://www.bharian.com.my/sukan ... rharga-di-australia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055464 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list