View: 357|Reply: 0
|
Hadiah RM10,000 menanti pemenang ‘pukulan helah’ terbaik
[Copy link]
|
|
KOO Kien Keat (tiga, kiri) pada majlis pelancaran ‘Show Me Your BAD-Minton’ kelmarin.
PETALING JAYA: Acara pertandingan pukulan helah badminton yang julung kali diadakan di Malaysia, malah berpotensi menjadi yang pertama di dunia, ‘Show Me Your BAD-Minton’ mampu mencungkil kemahiran peserta menerusi penggunaan raket dan bulu tangkis dengan cara paling kreatif.
Pertandingan yang dianjurkan bekas pakar badminton negara, Koo Kien Keat itu menggabungkan unsur hiburan dan sukan malah tiada peraturan khas bagi menggalakkan lebih ramai peserta menunjukkan bakat mereka.
Lebih menarik, hadiah utama bernilai RM10,000 menanti pemenang dengan sasaran lebih 1,000 orang akan menyertai uji bakat yang dijadual bermula 14 Mei dan berakhir pada 28 Mei.
“Semua peserta boleh buat apa sahaja helah, sebagai contoh sebelah tangan memegang raket dan sebelah tangan lagi memegang durian, atau jika ada yang mahu membuat helah silap mata sambil memukul bulu tangkis pun kami terima.
“Mereka boleh bawa props sendiri termasuk seorang pembantu. Bagi yang datang berseorangan, kami akan menyediakan dua orang pembantu kepada setiap peserta semasa proses ujibakat nanti,” kata Kien Keat.
Kien Keat berkata penganjuran pertandingan ini adalah sebagai usahanya menyumbang kembali kepada masyarakat setelah enam tahun bersara daripada dunia kesukanan di samping mengenang kembali kejayaannya dahulu yang banyak mendapat mata melalui pukulan helah.
“Platform ini sesuai untuk pemain bukan profesional atau pemain sosial untuk menyertai pertandingan ini dan tunjukkan kepada kami muslihat pukulan yang menarik. Bagi saya, acara ini mampu menyamai ‘slam dunk’ dalam sukan bola keranjang,” katanya.
Tiga individu terkenal dalam dunia badminton iaitu Rexy Mainaky, Goh Liu Ying termasuk Koo Kien Keat sendiri akan menjadi barisan penilai bagi pertandingan yang berlangsung dalam tiga peringkat di Arena Sukan, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|