CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 0

Pemain muda jadi taruhan

[Copy link]
Post time 7-5-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode

Abdul Talib Ahmad

Kuala Lumpur: Meskipun mempertaruhkan hampir 80 peratus pemain muda dengan tujuh daripadanya berusia bawah 21 tahun, namun ia bukan penghalang buat skuad sepak takraw negara melakukan kejutan di temasya Sukan Sea di Hanoi, Vietnam bermula 12 hingga 23 Mei ini.

Jelas pengendali skuad sepak takraw kebangsaan, Abdul Talib Ahmad, kekuatan lawan seperti Thailand sememangnya tidak dinafikan.

Begitupun, beliau berpandangan apa juga boleh berlaku ketika perlawanan berlangsung dengan keputusan mengejut kadang kala boleh tercipta. Lantas, Abdul Talib mengingatkan anak buahnya agar tidak mengangkat bendera putih terlalu awal sebaliknya cuba melakukan terbaik di hari perlawanan nanti.

"Kalau ikut di atas kertas, kekuatan lebih berpihak kepada Thailand tetapi kita sedia maklum dalam dunia sepak takraw ketika ini bukan Thailand saja, Vietnam, Indonesia dan Myanmar juga antara yang terkuat dan kekuatan itu juga berdasarkan acara-acara tertentu.

"Kalau regu dan berpasukan selalunya yang paling kuat Thailand manakala acara 'double' dan 'quadrant' Indonesia dan Filipina juga kuat, mereka pun pernah mengalahkan Thailand," katanya.

Pada temasya sukan dwitahunan itu, skuad lelaki negara akan beraksi dalam acara berpasukan, regu dan 'double', manakala skuad wanita bakal bersaing dalam acara regu berpasukan, regu dan 'quadrant'.

Di Hanoi nanti, skuad takraw lelaki negara menyasarkan satu pingat perak dan dua gangsa, manakala hanya satu gangsa dalam kategori wanita.

Ujar jurulatih negara itu lagi, beliau percaya barisan pemain muda mampu merealisasikan sasaran pingat itu.

"Pada Sukan Sea kali ini, pasukan yang kita hantar terdiri daripada 83 peratus pemain bawah usia 25 tahun dengan tujuh daripadanya berumur di bawah 21 tahun dan tiga lagi berusia sekitar 23 hingga 25 tahun.

"Dua pemain senior pula terdiri daripada Muhammad Afifuddin Razali dan Muhammad Nor Aizat Nordin. Mereka ini akan 'guide' pemain-pemain muda di Hanoi nanti," katanya.

Dalam temasya sama di Manila, Filipina pada 2019 lalu, skuad negara membawa pulang dua pingat perak selepas dihampakan musuh tradisi, Thailand dalam liga sepusingan regu berpasukan dan antara regu.

Kali terakhir Malaysia menggondol pingat emas adalah di Kuala Lumpur pada 2017 dalam acara antara regu yang tidak disertai Thailand ketika itu.

Rekod bagi pasukan wanita pula, mereka memenangi pingat gangsa antara regu pada edisi 2019, manakala pencapaian terbaik adalah pingat perak ketika negara menjadi tuan rumah Sukan Sea 2017 lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-muda-jadi-taruhan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.061239 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list