CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

'Perseorangan ketiga boleh jadi hero atau zero'

[Copy link]
Post time 8-5-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode

Hafiz akui tugas perseorangan ketiga dalam saingan Piala Thomas sangat berat apabila kedudukan terikat 2-2.

KUALA LUMPUR: Sama ada jadi hero atau zero!

Itu beban dipikul pemain negara yang menggalas tugas selaku perseorangan ketiga dalam saingan Piala Thomas apabila berdepan dengan situasi keputusan terikat 2-2.

Bekas pemain perseorangan lelaki negara, Muhammad Hafiz Hashim yang pernah melalui detik getir sebagai perseorangan ketiga, berkata pemain perlu bijak mengawal tekanan dalam usaha menyumbang mata kemenangan kepada pasukan.

"Apa yang pasti, perseorangan ketiga pastinya berdepan tekanan luar biasa kerana turun dalam aksi penentuan. Tugasnya sangat berat kerana pemain ini boleh jadi sama ada hero atau zero.


"Bagi saya, kita perlukan pemain berpengalaman sebagai perseorangan ketiga kerana pemain muda mungkin berdepan masalah untuk hadapi tekanan.

"Namun, ia terpulang kepada persiapan pemain itu sendiri," katanya yang muncul wira negara ketika menyumbang mata kemenangan bagi menewaskan Denmark dalam aksi suku akhir Piala Thomas 2010 di Kuala Lumpur.

Tugas selaku perseorangan ketiga negara pada kempen Piala Thomas 2022 yang akan bermula esok di Bangkok, Thailand akan digalas sama ada Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin atau Leong Jun Hao.

Berdasarkan prestasi semasa, Tze Yong dilihat pada tahap prestasi terbaik bagi memikul tanggungjawab besar berkenaan.

Pemain nombor enam dunia, Lee Zii Jia pula akan menggalas tugas sebagai perseorangan pertama manakala pemain berpengalaman Liew Daren kedua.

Hafiz, berkata mana-mana pemain yang akan turun sebagai perseorangan ketiga perlu bersedia sepenuhnya dari segi mental memandangkan mereka bukan sahaja membawa harapan pasukan tetapi seluruh rakyat Malaysia.

"Setiap pemain pastinya sudah sedia dari segi latihan tetapi dari aspek kekuatan mental, pemain perlu bijak untuk mengawal tekanan apabila turun pada aksi penentuan sekali gus tidak menjejaskan fokus dalam gelanggang," kata juara Seluruh England 2003 itu.

Edisi kali ini dianggap peluang terbaik buat skuad negara bagi menamatkan kemarau 30 tahun bagi menjulang trofi Piala Thomas berdasarkan kekuatan yang dimiliki pasukan apabila turut diperkuatkan dengan tiga beregu berkualiti diketuai pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selain Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.

Kali terakhir Malaysia muncul juara adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur dengan pencapaian terbaik selepas itu adalah empat kali menjadi naib juara pada 1994 di Jakarta diikuti Hong Kong (1998), Guangzhou (2002) serta New Delhi (2014).
https://www.bharian.com.my/sukan ... jadi-hero-atau-zero

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062352 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list