View: 419|Reply: 0
|
Sukan SEA: Dhabitah raih emas sulung Malaysia
[Copy link]
|
|
Dhabitah raih emas acara 1 meter papan anjal.
KUALA LUMPUR: Seperti diramal atlet terjun, Nur Dhabitah Sabri menjadi penyumbang pertama pingat emas kontinjen Malaysia di Sukan SEA Hanoi selepas mengungguli saingan acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita, sebentar tadi.
Penerjun berusia 23 tahun itu nyata sukar digugat apabila mengumpul keseluruhan 290.45 mata dalam aksi di Pusat Akuatik My Dinh.
Rakan sepasukan Dhabitah, Kimberly Bong memastikan kedudukan 1-2 di atas podium buat Malaysia apabila meraih perak selepas mengumpul 230 mata.
Penerjun Vietnam, Ngo Phuong Mai menyertai dua penerjun negara itu di atas podium apabila meraih gangsa selepas mengumpul 224.0 mata.
https://www.bharian.com.my/sukan ... mas-sulung-malaysia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|