CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

Bukan penghalang

[Copy link]
Post time 9-5-2022 08:36 AM | Show all posts |Read mode

PASUKAN silat negara sudah mengadakan latihan pusat yang terakhir di Langkawi dari 29 Mac hingga 11 April lalu.

Kuala Lumpur: Peraturan baharu yang akan digunakan bagi acara pencak silat di Sukan Sea Hanoi, Vietnam bermula dari 12 hingga 23 Mei ini tidak menjadi penghalang buat atlet negara memberi saingan kepada atlet lain.

Sebaliknya, peraturan itu dilihat peluang mempamerkan aksi lebih bertenaga dan agresif bagi meraih sasaran tiga pingat emas iaitu dua menerusi kategori tanding dan satu menerusi kategori seni.

Peraturan baharu yang dipersetujui Badan Naungan Antarabangsa pada 2020 itu sudah mula diaplikasikan menerusi Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara ke-8 di Singapura pada bulan Februari lalu yang juga disertai pasukan silat negara.

Peraturan baharu yang digunakan merangkumi kebenaran melakukan tumbukan Superman, tarik dan pukul, pukul di bahagian belakang vest, pukulan tangan belakang, lompat dan menyiku ke vest dan membuat kuncian kepada pihak lawan.

Pengurus pasukan, Datuk Mohd Arpan Shari berkata, beberapa peraturan yang diubah suai menjadikan acara itu lebih terbuka buat negara peserta.

"Kita sudah mengadakan latihan pusat yang terakhir di Langkawi dari 29 Mac hingga 11 April lalu. Semua atlet silat berkumpul dan menjalani latihan secara intensif.

"Kita perlu lakukan persiapan yang lebih agresif memandangkan acara silat di Sukan Sea Vietnam ini menggunakan peraturan baharu.

"Ini memberikan cabaran kepada negara bertanding. Kita juga tidak tahu sejauh mana kekuatan masing-masing," katanya.

Sementara itu, jurulatih silat negara, Amran Shaari menegaskan ada perubahan yang dibuat bagi mengatasi kelemahan pasukan negara sewaktu Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara pada Februari lalu.

Perubahan itu merangkumi corak perlawanan dan teknik yang akan digunakan pada temasaya Sukan Sea Hanoi bagi mengatasi cabaran negara lain.

Pasukan pencak silat negara menghantar seramai 22 atlet dan akan mengambil bahagian dalam kesemua 16 kategori yang akan dipertandingkan bagi edisi Sukan Sea kali ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 35/bukan-penghalang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.064215 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list