CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3359|Reply: 3

Tristan nama gelaran Chef Wan

[Copy link]
Post time 17-9-2010 09:27 AM | Show all posts |Read mode
« sebelum  selepas »          

  • CHEF WAN mendukung Tristan.

  • Tristan Tareef.


TIDAK ada apa yang lebih membahagiakan tukang masak selebriti terkenal, Chef Wan apabila anak perempuan tunggalnya, Serina Datuk Redzuawan selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, Isnin lalu iaitu di saat Syawal keempat hampir melabuhkan tirainya.

Seronok, teruja, sedih, terharu semua perasaan itu bercampur baur di dalam hati lelaki yang terkenal dengan sifat ramah ini. Saat dihubungi menerusi telefon semalam, suaranya sangat ceria. Maklumlah, orang baru menerima cucu sulung, tentunya hati berbunga riang. Lebih-lebih lagi apabila berpeluang melihat wajah cucu lebih awal dari yang dijangka.
“Serina dijangka bersalin hujung bulan ini. Itu merisaukan saya kerana kebetulan pada masa itu berada di luar negara selama sebulan untuk mengendalikan program memasak. Jadi, tentunya rasa sedih kerana tidak berpeluang  melihat wajah cucu saya saat dia dilahirkan.
“Bagaimanapun, doa saya bagai dijawab Tuhan apabila dapat juga melihat cucu saya itu sebelum berangkat ke luar negara. Macam tadi, sebaik saja selesai menunaikan solat Subuh, saya sangat bersyukur kerana Tuhan melimpahkan rahmat ini pada kami sekeluarga. Ini pun, tak sabar nak tengok cucu di hospital. Tak tahulah macam mana nanti apabila terpaksa meninggalkannya selama sebulan, pasti akan merinduinya,” katanya yang mengazankan bayi seberat 2.4 kilogram itu.
Bayi diberi nama Tristan Tareef, dilahirkan secara normal dan menurut Chef Wan, kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, Serina dan cucu saya itu dalam keadaan sihat. Malah, kedua-duanya cukup aktif. Jururawat yang menjaga mereka itu mengadu dengan saya mengatakan Serina selepas bersalin tetap seperti Serina yang biasa. Tak reti duduk diam. Anak dia pun sama macam ibunya juga. Bila jururawat nak salinkan lampin, bukan main lagi dia. Siap angkat-angkat kaki lagi,” katanya dengan penuh teruja.

“Nama Tristan itu diambil dari mitos Greek dan Tareef pula dalam bahasa Arab bermaksud luar biasa atau lain dari yang lain. Nama itu diberikan hasil perbincangan anak dan menantu saya sendiri. Itupun selepas dirujuk pada ustaz.
“Muka Tristan mirip wajah ayahnya, kulitnya cantik dan hidung mancung. Saya anggap kehadirannya itu ibarat anugerah dalam hidup saya dan ia melengkapkan lagi kehidupan kami sekeluarga,” kata Chef Wan kepada Hip sambil menjelaskan pilihan nama cucunya itu.

Tambah Chef Wan lagi, menantunya, Gavin Edward O’luanaigh atau Salahudin Ghaffar turut menemani Serina sepanjang proses kelahiran itu.

“Sekarang Serina dan bayinya masih dirawat di hospital dan esok (kelmarin) dia akan pulang ke rumah saya. Di situ nanti, ibunya akan menjaganya sehinggalah habis berpantang.

“Dari segi persediaan, semuanya sudah siapkan. Saya juga sudah sediakan bilik bayi untuknya, belikan pakaian dan juga barang mainan untuk Tristan. Banyak juga patung berbentuk haiwan saya belikan setiap kali ke luar negara sehinggakan Salahudin kata sudah boleh buka mini zoo untuk Tristan,” cerita datuk glamor ini.

Sebagai bapa, Chef Wan berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menitipkan nasihat dan panduan berguna kepada anak dan menantunya itu.

“Sekarang mereka sudah bergelar ibu dan bapa. Jadi tanggungjawab mereka berdua cukup besar. Saya ada menasihatkan mereka supaya jadilah ibu dan bapa yang baik. Pada Serina, saya juga berpesan supaya menjaga rumah tangga, jaga hati suami.

“Bab menjaga anak, biarlah sama-sama uruskan. Dan alhamdulillah, dari apa yang saya lihat, mereka memang sayangkan kanak-kanak. Bila melihat perkara ini, serta merta saya terbayang, bagaimana perasaan mereka yang sanggup membuang darah daging sendiri,” luahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 11:18 AM | Show all posts
tristan? nama macm pendekat greek pulak..anyway tahniah chef wan...gambar tu nampak kertu sgt..beruban...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 11:21 AM | Show all posts
Reply 2# KimoraHakim


    Tahniah la pada Serina sebab dapat anak.. Chef Wan ni tak suka dapat title Datuk.. title Dato', Dato' Sri takpe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 02:29 PM | Show all posts
tergeliat nak panggi nama anak serina...try stan? or tree stan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.067633 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list