View: 594|Reply: 0
|
Skuad renang perlu program tersusun, dana, sokongan padu
[Copy link]
|
|
ATLET renang negara, Arvin Shaun Singh (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan, (dari kiri) Lim Yin Chuen, Welson Sim dan Khiew Hoe Yean menunjukkan pingat perak yang dimenangi dalam acara 4x200 meter Lekaki Berganti. FOTO Hairul Anuar Rahim
Kuala Lumpur: Persekutuan Renang Malaysia (MS) sebenarnya tidak pernah jemu untuk melahirkan atlet renang yang mampu meraih pencapaian membanggakan di kejohanan antarabangsa termasuk temasya Sukan Sea.
Namun Setiausaha Agung MS, Mae Chan berkata, kekurangan sokongan dan dana ketika ini mengehadkan kemampuan badan induk itu berbuat demikian ketika sukan renang pada pandangannya wajib mendapat perhatian kerana dipertandingkan di semua temasya sukan.
Memberi contoh negara jiran seperti Singapura, Vietnam dan Thailand, Mae Chan berkata, kesemua atlet dari negara itu mempunyai program tersusun serta mendapat sokongan padu daripada badan induk serta pihak bertanggungjawab.
"Thailand sebagai contoh hanya mendapat satu emas di Sukan Sea Filipina tetapi kali ini di Hanoi meraih empat emas. Tiga bulan sebelum Sukan Sea, atlet berpotensi mereka dihantar menjalani kem latihan di Belanda.
"Vietnam menghantar sembilan atlet berpotensi mereka menjalani latihan di Hungary. Singapura pula mereka mempunyai program sangat tersusun selain mendapat sokongan dana yang baik. Mereka juga mempunyai ramai jurulatih yang bagus.
"Apa yang saya maksudkan di sini ialah, jika kita mahukan perenang negara meraih pencapaian yang baik, maka mereka perlu mendapat sokongan penuh daripada kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk dana," katanya ketika dihubungi.
Mae Chan juga memahami ramai membandingkan pencapaian perenang negara ketika ini berbanding era perenang legenda negara, Nurul Huda Abdullah yang meraih 22 pingat emas di Sukan Sea.
Katanya ramai perenang negara sebelum ini termasuk Nurul memperoleh sokongan yang padu daripada pihak berwajib serta mempunyai program tersusun.
Jelasnya, apa yang berlaku ketika ini ialah pihaknya mengambil inisiatif sendiri membantu perenang muda negara meneruskan program latihan mereka.
"Kami bantu semampu yang mungkin untuk barisan perenang muda ini dengan memberikan sedikit elaun kerana kos hidup di Kuala Lumpur bukannya murah," katanya.
Pada temasya Sukan Sea Hanoi, skuad renang negara tidak menepati sasaran dua emas apabila meraih satu emas, empat perak dan dua gangsa. Singapura muncul juara keseluruhan dengan membolot 21 emas manakala Vietnam selaku tuan rumah meraih 11 emas untuk menduduki tempat kedua.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -dana-sokongan-padu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|