|
ANTARA aksi NSL tahun lalu. FOTO Netball Super League
Kuala Lumpur: Kehangatan sukan bola jaring kembali menemui peminat tempatan apabila Netball Super League (NSL) 2022 bakal membuka tirainya bermula 3 hingga 26 Jun ini bertempat di Stadium Juara, Kuala Lumpur.
Pentas NSL 2022 menjanjikan aksi yang lebih mencabar menerusi penggunaan format liga sepusingan di mana setiap pasukan akan bertemu dan berentap dengan semua pasukan yang mengambil bahagian.
Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM), Alwiyah Talib percaya NSL 2022 akan bertambah rancak dengan adanya gabungan pemain tempatan dan import selain menyifatkan ia adalah medan terbaik bagi persediaan sebelum menghadapi Kejohanan Bola Jaring Asia, September depan.
"Selain pembabitan pemain kebangsaan, kehadiran pemain muda yang berbakat dan lebih bertenaga pasti memberi impak kepada setiap pasukan nanti.
"Bukan itu sahaja, terdapat pasukan yang akan menggunakan khidmat pemain import dan ini pasti menghangatkan lagi perlawanan nanti.
"NSL ini juga dilihat sebagai medan terbaik bagi pemilihan pemain serta pemanas badan sebelum menghadapi Kejohanan Bola Jaring Asia pada September ini," katanya pada Majlis Pelancaran NSL 2022, hari ini.
Saingan NSL bagi edisi kali ini dihangatkan lagi dengan penyertaan daripada lapan pasukan iaitu KL Wildcats, Johor Jewels, Selangor Angels, Perak Phoenix, Melaka Mystic, Negeri Sembilan Venom, Kedah Sunshine dan Pahang Tulip yang bakal berentap merebut kejuaraan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aksi-lebih-mencabar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|