View: 587|Reply: 0
|
Keputusan di tangan Sarah
[Copy link]
|
|
Nor Sarah Adi meraikan kejayaan meraih pingat emas acara lompat bergalah pada temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan kini terletak di tangan pemenang pingat emas lompat bergalah wanita Sukan SEA 2021 di Hanoi, Nor Sarah Adi bagi memutuskan sama ada mahu fokus sepenuhnya dalam acara itu atau memilih untuk kekal sebagai pelari pecut negara.
Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil yang juga jurulatih lompat bergalah, berkata dia bersedia untuk membantu atlet berusia 22 tahun itu untuk layak beraksi sehingga Sukan Olimpik sekiranya memilih untuk fokus dalam acara berkenaan.
"Kalau tanya saya, jawapan saya mudah…biarlah Sarah sendiri yang memilih kerana sama ada acara pecut atau lompat bergalah, kedua-duanya ada kelebihan.
"Namun, dengan potensi yang dimilikinya dalam acara lompat bergalah, saya percaya dia mampu pergi ke peringkat tertinggi iaitu Sukan Olimpik. Potensi yang dimiliki Sarah, paling rendah tahapnya adalah Sukan Asia.
"Kalau mahu buat catatan 4.30 meter (m) seperti mana yang dilakukan Roslinda Samsu (bekas ratu lompat bergalah negara) ketika menenangi perak di Sukan Asia Doha 2006, saya percaya dia mampu jika dia betul-betul fokus. Saya tahu potensinya dan saya tahu macam mana mahu bawa dia ke arah itu.
"Bagaimanapun, saya tidak boleh memaksa Sarah untuk memilih lompat bergalah. Biarlah dia sendiri yang buat keputusan," kata Manshahar yang menjadi watak penting ketika era kegemilangan Roslinda sehingga layak beraksi di Sukan Olimpik Beijing 2008.
Sehingga kini, Roslinda yang juga pemenang emas Sukan SEA empat kali berturut-turut sejak 2005 hingga 2011 masih memegang rekod kebangsaan dalam acara itu dengan catatan 4.40m yang dilakukannya pada 2006.
Di Hanoi, Sarah mencipta kejutan apabila memenangi emas dengan lompatan 4m sekali gus memperharui rekod peribadi terbaiknya 3.60m.
Dia yang pada awalnya memberi fokus dalam acara 4x100m wanita di temasya dwitahunan itu turut membantu kuartet negara memenangi gangsa
https://www.bharian.com.my/sukan ... san-di-tangan-sarah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|