CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 564|Reply: 0

Misi lahirkan 'kembar Zii Jia'

[Copy link]
Post time 26-5-2022 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Lee Zii Jia ketika memenangi Terbuka Thailand di Bangkok. - AFP

KUALA LUMPUR: Berbaki dua tahun sebelum Sukan Olimpik Paris 2024, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu tampil dengan misi melahirkan sekurang-kurangnya seorang lagi pemain perseorangan lelaki untuk mengiringi Lee Zii Jia beraksi di temasya terbesar dunia itu.

Beberapa pemain muda yang berada dalam badan induk itu dilihat berpeluang untuk layak ke Paris namun ia memerlukan kebijaksanaan BAM untuk merangka program terbaik bagi menyerlahkan potensi sebenar mereka.

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, berkata langkah pertama yang perlu diambil adalah mengenal pasti masalah membelenggu proses peningkatan prestasi pemain muda yang disifatkan agak perlahan.

"Ini adalah tanggungjawab Wong Choong Hann (Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM) untuk duduk bersama barisan jurulatih yang lain bagi mengenal pasti apa masalah yang berlaku. Apa masalah…adakah disebabkan sikap pemain, program latihan atau disiplin.


"Selepas itu, kita cari penyelesaian dan seterusnya rancang program latihan yang lebih berkesan untuk pemain. Semua ini perlu bermula dari sekarang, dua tahun adalah tempoh yang singkat dan kita tidak boleh buang masa lagi," kata Chong Wei yang juga pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, berkata Malaysia tidak boleh hanya bergantung harap kepada Zii Jia untuk membawa cabaran negara di Paris.

"Saya fikir tiada masalah untuk Zii Jia layak dan dia pun tidak lagi bersama BAM. Namun, fokus sekarang adalah bagaimana kita mahu ada seorang lagi wakil di Olimpik. Siapa yang menjadi sandaran BAM untuk tujuan ini.

"Jika Ng Tze Yong, bagaimana BAM mahu rancang program untuk dia terutama bagi meningkatkan kedudukan ranking dunianya kerana untuk ada dua wakil dalam acara perseorangan perlu berada dalam kelompok 16 terbaik dunia.

"Pusingan kelayakan Olimpik akan bermula pada 1 Mei tahun depan. Tze Yong (ranking ke-48 dunia) perlu berada sekurang-kurangnya dalam kelompok 28 terbaik dunia pada hujung tahun ini bagi membolehkan dia menyertai kejohanan Siri Super tahun depan untuk mengutip mata layak ke Olimpik.

"Sebaiknya, BAM juga beri peluang kepada pemain muda yang lain seperti Leong Jun Hao, Lee Shun Yang dan beberapa lagi untuk sama-sama berjuang merebut tiket ke Olimpik. Kalau kata Tze Yong ada masalah, kita ada dua atau tiga lagi pemain selepas dia," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... rkan-kembar-zii-jia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.756402 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list