View: 759|Reply: 0
|
Khairulnizam di tempat ke-39 Kejohanan Dunia ILCA 7
[Copy link]
|
|
Gambar fail - Pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy.
KUALA LUMPUR: Pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy tetap meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik meskipun temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 yang dijadual berlangsung September ini ditangguhkan.
Khairulnizam yang pernah meraih pingat perak pada temasya di Jakarta 2018 dan Incheon 2014 menamatkan kejohanan Dunia ILCA 7 2022 di Vallarta Yacht Club dengan berada tempat ke-39 daripada 126 pelayar.
Pelayar berpengalaman berusia 29 tahun itu mengumpul 256 mata untuk berada di kedudukan berkenaan sekali gus muncul kelompok enam terbaik di kalangan peserta dari Asia.
Pencapaian itu juga secara tidak langsung menjadikan Khairulnizam berada sebaris dengan bekas pelayar negara, Dr Kevin Lim yang pernah berada dalam kelompok 40 terbaik dunia 22 tahun lalu.
"Alhamdulillah, selesai dengan kejohanan Dunia ILCA 7 di Mexico," kata Khairulnizam. "Situasi perlumbaan yang penuh sukar dalam tempoh enam hari dan berada di tahap terbaik saya sebelum dua hari terakhir.
"Hilang sedikit momentum dan tersasar dari kelompok pelayar utama. Secara keseluruhan, ia sebuah regatta yang baik dan kini saya menantikan saingan seterusnya di Jerman (Kieler Woche)."
Daripada 126 pelayar di Mexico, Khairulnizam berada di kedudukan kelima pelayar Asia dengan pelayar Cyprus, Pavlos Kontides berada di persada manakala Yigit Yalcin Citak dari Turki di kedudukan kedua.
Ryan Lo dari Singapura berada di kedudukan ketiga manakala Vishnu Saravanan dari India (keempat), Jeemin Ha dari Korea Selatan (kelima) dan Khairulnizam (keenam).
Khairulnizam dijadual menyertai Kieler Woche - salah satu kejohanan pelayaran terbesar di dunia - dari 18 hingga 26 Jun ini di Kiel, Jerman.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ohanan-dunia-ilca-7 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|