CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1886|Reply: 6

Jang Nara akhirnya nak kahwin

[Copy link]
Post time 6-6-2022 02:10 PM | Show all posts |Read mode

JANG NARA

Jang Nara akhirnya nak kahwin

AKTRES jelita Jang Nara dihujani ucapan tahniah daripada peminat agar memperoleh kebahagiaan berpanjangan selepas mengumumkan perkahwinannya tidak lama lagi.

Berita perkahwinan Nara menuai perhatian global memandangkan dia antara artis wanita yang sudah berumur tetapi belum pernah berkahwin.

Menerusi satu pengumuman yang dikongsikan dalam laman webnya, aktres drama Sell Your Haunted House itu memberitahu akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hati, berumur enam tahun lebih muda daripadanya.

“Dia bekerja menghasilkan video. Selepas dua tahun bercinta, kami berjanji untuk menjadi pasangan yang saling melengkapi sehingga hujung nyawa,” tulis Nara.

Berkongsi lanjut tentang si buah hati, Nara, 41, memperincikan ciri-ciri istimewa yang ada pada bakal suaminya.

“Saya jatuh cinta dengan senyuman manisnya, sifat baik dan paling penting, dia seorang yang ikhlas dan sangat berdedikasi terhadap kerja. Dia hebat dan saya sangat gembira,” kata Jang Nara.

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... khirnya-nak-kahwin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2022 02:28 PM | Show all posts
first k-drama yang meols tengok adalah My Love Pattzi
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Awwwww still cantik comel macam dulu
Dulu baby face sekarang dah muka matang
congrats!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 09:29 PM | Show all posts
Cute sangat Jang Nara ni masa mula debut. Kawan i siap marathon tu drama dia kat kolej (bilik). Siap terikut2 mimik muka dia. Lain macam punya obses. Tahniah sis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh
Cute dan nampak muda
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kagum betul, sekeping gambar nmpk muka lakinya langsung tkde,
netz korea ni kalau ambk gambar org secara random mesti blur kan muka.. mmg patut dipuji la bab tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ramai geram ngan mulut kecik dia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.392202 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list