View: 1292|Reply: 9
|
Algoritma Buktikan Robert Pattinson Lelaki Paling Menarik Di Dunia
[Copy link]
|
|
Satu analisis sains membuktikan bahawa Robert Pattinson merupakan lelaki paling menarik di dunia, lapor laman berita LadBible.
Selepas melakonkan watak Cedric Diggory menerusi filem Harry Potter and the Goblet of Fire, Pattinson menarik perhatian dunia apabila membintangi siri filem Twilight sebagai Edward Cullen.
Terbaharu, aktor kelahiran London itu kembali ke layar perak menerusi filem The Batman.
Alamy
Pattinson diberi gelaran sebagai lelaki paling tampan di dunia pada tahun 2020 dan sejak itu, dia belum pernah disingkirkan dari kedudukan teratas.
Gelaran itu diberikan selepas sebuah algoritma yang menyusun ciri-ciri wajah yang berbeza telah menganalisis selebriti-selebriti Hollywood termasuk Ryan Gosling, Idris Elba, Brad Pitt dan Henry Cavill.
Skor yang dicatatkan oleh Pattinson adalah sebanyak 92.15 peratus. Dia berjaya menewaskan bintang-bintang lain termasuk Henry Cavill (91.64 peratus), Bradley Cooper (91.08 peratus), Brad Pitt (90.51 peratus) dan George Clooney (89.91 peratus).
Analisis itu dinilai menggunakan Nisbah Emas oleh Beauty Phi, satu kaedah pengiraan yang berasal dari era Renaissance Eropah.
“Robert Pattinson ialah pemenang yang jelas apabila semua elemen wajahnya diukur memiliki kesempurnaan fizikal,” ulas pakar dari Pusat Pembedahan Kosmetik Muka, Dr. Julian De Silva.
Beliau menjelaskan bahawa Pattinson berada di kedudukan lima teratas untuk hampir semua kategori kerana ciri-ciri wajahnya berbentuk klasik dengan rahang yang tajam.
“Satu-satunya skor di bawah purata adalah untuk bibirnya yang sedikit nipis dan rata,” jelas De Silva.
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
okay boleh inject sikit la bibir tu bg kembung. jgn lebih2 buat sikit sikit jah okay. bg aku tom kurus tetap no 1 ni mataku |
|
|
|
|
|
|
|
Tp malas mandi… kepam bau hanyir ikan kembung |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tetap nampak kepham, busuk & kayu kayan jugak. Beauty Phi punya ratio tu kalau morph dekat orang paling cantik pun dia akan jadi aneh proportion muka dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Apemende nak pakai algoridem bagai...ko tgok je muke org tu dalam hati terdetik hensem maka hensem lah org tu....taste org tak sama.....sedangkan software dia tu pon mcm taste lebih ke belah holywood sane mcm mane boleh klaim 'di dunia' |
|
|
|
|
|
|
|
Henry Cavill Okey lagi....tapi Robert pattinson???? Eeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
kadang algorithm tak agree dgn pandangan mata ku..
come on, i suka ja rpatz, tp banding dgn henry calvill? henry tu i tgk gambar ja dh tersiput2. Kalau depan mata mau pengsan..haha
Mata i pulak tak sama dgn mata org lain..so sudah2la analisis tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel ni anak beranak dgn artikel Amber kat current isssue ke? Dua2 tak dimata iols, tak kira ler guna algorithm theory ke apa2 teori secara santifik, math, yg menilai mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon laki ok skt la dr acik Amber tu.. lgpun dia ni pelakon gred A.. walaupun x suka mandi tp x de la perangai hauk mcm Amber.. |
|
|
|
|
|
|
|
ketahian apakah
kalau alain delon time muda jadik pelakon sekarang
kalah bertiang tauuu acik Robert ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|