View: 493|Reply: 0
|
Chuu mangsa berita palsu
[Copy link]
|
|
Chuu mangsa berita palsu
CHUU bakal lancar lagu hasil kerjasama dengan B.I daripada Dingo Music.
ANNYEONGHASEYO!
Setiap agensi pengurusan artis di Korea Selatan mementingkan perkara melindungi artis naungan mereka.
Apa saja tuduhan tidak berasas perlu dilawan apatah lagi ia membabitkan perkara mengenai kerja.
Ini kerana khabar angin mampu mempengaruhi tanggapan ramai pihak penting termasuk pelanggan kepada sesebuah agensi. Bukan silap artis mereka, sebaliknya ada pihak sengaja menyebar berita palsu.
Ini yang menimpa penyanyi Chuu dari kumpulan LOONA. Tak semena-mena, dia menjadi mangsa tuduhan tidak berasas selepas didakwa menyertai agensi lain dan meninggalkan agensinya, Blockberry Creative.
Enggan menjadikan dakwaan itu berpanjangan, agensi terbabit memaklumkan mereka mahu mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan palsu itu.
Menurutnya, artikel ditulis berhubung isu itu banyak yang mengelirukan.
"Beberapa artikel membuatkan ramai peminat serta orang awam jadi keliru dengan Chuu. Walaupun setiap artikel itu menjurus kepadanya yang juga anggota LOONA, tetapi dakwaan itu tidak berasas.
"Kami ingin memaklumkan bahawa kami akan mengambil tindak terhadap fakta palsu atau artikel memesongkan. Demikian juga komen yang boleh menjatuhkan reputasi syarikat serta kakitangan kami," kata agensi terbabit dalam satu kenyataan.
Blockberry Creative juga terkilan dengan pelbagai dakwaan yang tersebar mengenai Chuu sehingga spekulasi palsu melarat. Agensi itu menegaskan mereka akan memantau dan merekod setiap komen berbentuk fitnah.
"Kami mahu maklumkan bahawa kami akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pemesongan fakta. Demikian juga tindakan sesiapa yang cuba mengembar-gemburkan perkara yang salah.
"Pelbagai hantaran serta komen berbentuk fitnah juga akan kami pantau. Lagi-lagi kalau ia sudah melampaui batas serta dibuat dengan tanpa memikirkan kesan yang mampu menjatuhkan pihak lain," katanya.
Dakwaan itu bertiup kencang baru-baru ini walaupun Chuu menyertai semua aktiviti promosi LOONA. Ia termasuk penampilan mereka dalam program Mnet iaitu Queendom 2 untuk mempromosikan lagu Flip That.
Pada 20 Jun lalu, LOONA melancarkan sebuah album mini berjudul Flip That dan terus melakukan aktiviti promosi.
Bagaimanapun, dia dikhabarkan tidak menyertai siri jelajah dunia LOONA akan datang yang bakal dimulakan pada Ogos depan kerana ia bercanggah dengan jadual aktiviti solonya.
Pada bulan ini juga, Chuu bakal melancarkan lagu hasil kerjasama dengan B.I daripada Dingo Music.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... mangsa-berita-palsu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|