View: 1124|Reply: 5
|
McMahon bersara kerana sudah tua
[Copy link]
|
|
McMahon bersara kerana sudah tua
VINCE McMahon. FOTO BBC
Los Angeles: Vince McMahon mengumumkan persaraan mengejutnya selaku pengerusi WWE pada usia 77 tahun.
Dia mengumumkan perkara itu menerusi kenyataan pendek di Twitter sekali gus menandakan berakhir eranya selepas membeli syarikat itu pada tahun 1982 daripada bapanya.
"Pada usia 77 tahun, masa untuk saya bersara. Terima kasih, WWE Universe," katanya di Twitter.
McMahon kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan yang lebih panjang melalui syarikat itu.
"Apabila saya menghampiri usia 77 tahun, saya rasa sudah tiba masanya untuk bersara sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WWE.
"Ia adalah sesuatu yang istimewa dapat membantu WWE membawakan kegembiraan, memberi insiprasi dan mengiburkan anda.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya kerana memberi sumbangan besar kepada kejayaan ini.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua bintang gusti serta pekerja pada masa lalu dan sekarang atas dedikasi dan semangat mereka untuk jenama ini.
"Paling penting, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana menjadikan kami pilihan hiburan anda," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ra-kerana-sudah-tua
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kes salah laku kan and he's still under investigation. Punya lah syok layan wwe dulu, part last bila Undertaker keluar, uishh seram betul. Memang menjerit lah semua kat hall tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku x pnh faham FLOW wwf WWE ni dr dlu...
|
|
|
|
|
|
|
|
dlu jaman WWE kita lain, seghonok jer. skrg dah moden ni huru-hara juga, nak2 lepas2 covid, mkin mengarut. iols tau sket laa sbb pak iols tu kadangkala melayan McMahon ni sefamily control WWE ni camne.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu WWF kan sekarang WWE?
Dulu aku layan gak, suka time royal rumble.
Minat Razor Ramon, Shawn Michael, Big Bos Man, Ultimate Warrior eh banyak laa..
Paling aku terkejut semalam ada makcik layan wwe dalam bas. Aku berdiri sebelah dia pun jeling2 tengok hp makcik tu |
|
|
|
|
|
|
|
laaa..nak bersara dah atok vince mcmahon ni..jahat betoi dia zaman dedulu..zaman2 john cena dulu tengok la jugak..tapi tak sebrutal attitude era..skrg lagi la tak tengok..tapi kekadang tengok gak wwe channel tu..lani gaya lebih..lawannya kurang |
|
|
|
|
|
|
| |
|