View: 1115|Reply: 11
|
Jauhnya Stage, Adakah Billie Pon Takut Ain Persis Mak Pak Terpaling?
[Copy link]
|
|
“Baik Tengok Jom Heboh..” - Beli Tiket RM500, Peminat Kecewa Pentas Konsert Billie Eilish Jauh Dari Tempat Duduk
Konsert penyanyi antarabangsa Billie Eilish, Happier Than Ever World Tour 2022 berlangsung dengan jayanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis.
Namun apa yang menjadi bualan hangat di laman sosial Twitter adalah pentas utama yang terletak di tengah padang, agak jauh buat mereka yang membeli tiket Cat 2 (RM500) yang duduk di bahagian kerusi bawah stadium.
Rata-rata wargamaya termasuklah beberapa orang pempengaruh menyatakan rasa kesal mereka kerana harga tiket yang dibeli tidak berbaloi dengan kedudukan kerusi yang begitu jauh.
Malah terdapat kawasan lompong di bahagian kiri dan kanan padang yang membezakan mereka yang membeli tiket berdiri dan duduk di kerusi penonton.
Dalam pada itu, ramai juga yang menyarankan pihak penganjur mengambil contoh terhadap beberapa konsert misalnya penyanyi Korea yang sentiasa menghargai peminat yang membeli tiket dengan memenuhkan ruangan hadapan pentas.
Wargamaya turut mencadangkan beberapa lokasi konsert yang lebih sesuai digunakan seperti Axiata Arena, Stadium Malawati atau Stadium Merdeka digunakan berbanding Stadium Nasional yang dibina untuk kapasiti 87,000 orang penonton.
Sementara itu, mereka yang membeli tiket Cat 4 (duduk di aras atas stadium) meluahkan rasa kecewa kerana Billie kelihatan sangat kecil seperti seekor semut.
Buat pihak penganjur, mungkin keluhan daripada peminat ini boleh dijadikan panduan dan iktibar untuk konsert-konsert mendatang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|