View: 871|Reply: 0
|
Anak sulung baru 4 bulan, Debina Bonerjee hamil lagi
[Copy link]
|
|
DEBINA BONERJEE
Anak sulung baru 4 bulan, Debina Bonerjee hamil lagi
PELAKON Bollywood, Debina Bonerjee tidak menyangka bakal menimang cahaya mata kedua selepas empat bulan menyambut kelahiran anak sulungnya, Lianna pada April lalu.
Berita gembira tersebut diumumkan sendiri Debina menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.
“Saya hamil lagi!” katanya teruja.
Debina dan suaminya, Gurmeet tidak keberatan untuk menyambut kelahiran seorang lagi cahaya mata walaupun usia anak sulung mereka baru sahaja empat bulan.
Mereka menganggap kehamilan kedua itu sebagai satu anugerah.
Ujar Gurmeet, dia mengambil masa selama lapan tahun untuk mendapatkan cahaya mata sulung.
“Tuhan telah bermurah hati untuk memberikan kami seorang lagi cahaya mata. Selama lapan tahun saya dan juga isteri menanti untuk mendapatkan anak.
“Kini isteri saya sedang hamil anak anak kedua,” katanya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... onerjee-hamil-lagi/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|