View: 4114|Reply: 10
|
Geng paranormal label kawasan ini berhantu tapi lain pula bagi pelari sekitar KL
[Copy link]
|
|
Geng paranormal label kawasan ini berhantu tapi lain pula bagi pelari sekitar KL
Ada geng paranormal melabel kawasan Bukit Tunku sebagai menyeramkan dan berhantu ekoran beberapa penampakan yang dirakam menerusi video lantas disebarkan di YouTube.
Entah mitos atau benar-benar berlaku namun berbeza pula bagi geng pelari sekitar Kuala Lumpur yang menjadikan kawasan elit sejak zaman penjajah ini sebagai medan membuang keringat termasuk ketika malam.
Uniknya berjogging di sekitar Bukit Tunku yang dahulunya dikenali sebagai Kenny Hills, kita dapat merasakan hawa dingin bahkan jika petangnya hujan dapat merasai belaian kabus di sebelah malam.
Kenny Hills dahulu mendapat namanya bersempena Pengarah Kerja Raya Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS), William Kenny.
Di kawasan kediaman golongan T20 yang pernah mencetuskan ilham buat Sasterawan Negara, Usman Awang dengan dramanya berjudul Tamu di Bukit Kenny (1967), pelari boleh berehat sejenak sambil bergambar kenangan di perkarangan Kediaman Rasmi Datuk Bandar Kuala Lumpur Nombor 21.
Dari puncak Mayor Hill yang digelar geng pelari inilah suasana Kuala Lumpur dengan segala gemerlap mercu tanda pencakar langitnya dapat ditatap seluas mata memandang. Tenang, nyaman.
Sebelum itu, jangan lupa juga berlari dan bergambar tentunya di pagar rumah kerajaan No. 1. Jalan Tunku yang dahulunya adalah kediaman rasmi Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra manakala kediaman rasmi Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pula beralamat di No. 3 Bukit Tunku.
Tentang gangguan hantu seperti dimomokkan geng paranormal, usah khuatir, anda bukannya lari berseorangan diri. Sepanjang larian walaupun pada malam hari bekerja, kita akan berselisih dengan ramai pelari lain daripada pelbagai kaum dan lapisan umur yang ramah dan saling menyapa.
Jadi, bagaimana hendak ke sana?
Letak sahaja kenderaan dengan senang hati di parkir di Padang Merbok atau Stadium Hoki. Jangan letak kenderaan anda merata walaupun waktu malam atau anda akan terkejut balik dari berlari lihat kereta sudah ghaib akibat ditunda DBKL!
Bagi jarak biasa, anda boleh berlari santai sejauh 10 hingga 13 kilometer dengan antaranya melalui Jalan Tuanku Abdul Halim dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
|
|
|
|
|
|
|
|
Penulis (kiri) bersama rakan pelari Harris dan isterinya, Ainun di perkarangan Residensi Datuk Bandar Kuala Lumpur baru-baru ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ramai2 yang jogging, okay je.
kalau sorang2, tak kuasaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Takde apa nak takut. Dulu ye la sunyi sikit. Sekarang ni malam hari kerja pun ramai gila naik basikal dan berjogging. Semak je. |
|
|
|
|
|
|
|
tu semua promo suh org keluar cari hantu. carilah benda yg mendatangkan faedah.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|