View: 2503|Reply: 1
|
Tetikus ‘lari’ apabila pekerja bekerja lebih masa
[Copy link]
|
|
TETIKUS itu akan melarikan diri apabila pekerja memegangnya selepas pukul 6 petang. – Global Village
Tetikus ‘lari’ apabila pekerja bekerja lebih masa
SEOUL – Syarikat teknologi Korea Selatan, Samsung mencipta tetikus komputer yang boleh membantu orang ramai mengelak daripada bekerja berlebihan, lapor laman berita Wion News semalam.
Tetikus itu direka untuk berhenti berfungsi selepas waktu pejabat yang dijadualkan.
Tetikus digelar ‘Samsung Balance Mouse’ itu merupakan alat yang akan bergerak daripada meja seseorang apabila dia mula bekerja melebihi waktu pejabat.
Gergasi teknologi itu berkongsi konsep tetikus tersebut di saluran YouTube miliknya baru-baru ini.
Dalam klip video tersebut, seorang lelaki dilihat sedang bekerja di mejanya. Apabila dia mencapai tetikus itu melepasi pukul 6 petang, ia akan mula melarikan diri.
Menurut Samsung, roda tetikus diaktifkan sebaik sahaja ia mengesan pergerakan tangan dan mula melarikan diri.
Klip itu seterusnya menunjukkan senario apabila lelaki itu cuba mencengkam tetikus tersebut dengan kuat tetapi, ia melepaskan diri daripada bahagian tengah dan melarikan diri.
Dalam video itu, kebanyakan pekerja teragak-agak untuk meninggalkan pejabat tepat pada masanya kerana berada di bawah tekanan untuk menyelesaikan tugas yang belum selesai.
Samsung menegaskan bahawa sebab utama di sebalik konsep tetikus itu adalah untuk meningkatkan keseimbangan kehidupan bekerja di Korea Selatan.
Bagaimanapun, tetikus itu masih dalam peringkat konsep awal dan tidak diketahui bila alat itu akan tersedia di pasaran. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... bekerja-lebih-masa/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|