View: 1167|Reply: 3
|
Pempengaruh dedah sikap sebenar Adam Levine
[Copy link]
|
|
Pempengaruh dedah sikap sebenar Adam Levine

Menjengah di ruangan komen Instagram Levine, rata-rata peminatnya meninggalkan pesanan kecewa dengan sikap penyanyi popular itu. - Gambar Instagram @adamlevine
LOS ANGELES: Vokalis Maroon 5, Adam Levine didakwa curang dengan isterinya yang kini hamil anak ketiga.
Memetik laporan Wionews, perkara ini didedahkan oleh seorang pempengaruh media sosial, Sumner Stroh di TikTok mengenai sikap sebenar penyanyi berusia 43 tahun itu.
“Maroon 5 merupakan nama besar ketika ini. Jadi saya pasti anda tahu siapa Adam Levine. Saya dan Adam bertemu kira-kira setahun yang lalu, selepas saya berhenti bercakap dengannya dalam tempoh beberapa bulan, dia kembali semula ke dalam hidup saya,'' kongsinya.
Sumner yang memiliki 340,000 pengikut di Instagram mendedahkan, pelantun lagu Memories itu bercadang meletakkan namanya sama dengan anak ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi.
“Ok soalan serius. Saya mempunyai seorang lagi bayi dan jika ia lelaki, saya benar-benar mahu menamakannya Sumner. Anda okay dengan itu? Serius,” tulis mesej yang dihantar Levine dengan emoji mengangkat bahu.
Sehingga kini, Levine masih belum membalas video tersebut.
Menjengah di ruangan komen Instagram Levine, rata-rata peminatnya meninggalkan pesanan kecewa dengan sikap penyanyi popular itu.
Adam Levine berkahwin dengan model terkenal, Behati Prinsloo pada 18 Julai 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Dusty Rose pada 2016 dan Gio Grace pada 2018.
Dalam pada itu, Prinsloo mengumumkan berita kehamilan anak ketiga mereka pada 6 September lalu.
Sumber:https://www.astroawani.com/berit ... -adam-levine-381925
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Patut tengok nama Adam Levine trending kat twitter hari tu tapi I tak buksk tengok pun.
Skandal dia tak lawa pun, wife berganda lagi lawa. Geli |
|
|
|
|
|
|
|
Adam Levine is & has always been a troubled person. Not surprised at all due to his cheating. |
|
|
|
|
|
|
| |
|