CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1154|Reply: 7

Angelina Jolie Lawat Pakistan Untuk Tarik Perhatian Mengenai Banjir

[Copy link]
Post time 21-9-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Hollywood Angelina Jolie, melawat Pakistan untuk menarik perhatian antarabangsa mengenai banjir yang melanda negara itu ketika banyak negara terus menghantar bantuan.


Beliau mengunjungi daerah Dadu di wilayah Sindh pada Selasa, dan bertemu mangsa banjir, lapor saluran televisyen Pakistan.




Guillermo Legaria/Getty Images




Lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana banjir itu berikutan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun.


Jumlah kematian melepasi 1,550, termasuk beratus-ratus kanak-kanak, dan kira-kira 13,000 lagi cedera.


Bantuan antarabangsa berterusan tiba di Pakistan, dengan Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi antara pembekal utama barangan bantuan.


Kedua-dua negara menghantar berpuluh-puluh penerbangan bantuan sejak Ogos ketika pihak berkuasa Pakistan bertungkus-lumus menangani bencana di wilayah Sindh, Balochistan dan Khyber Pakhtunkhwa.


Sejak Isnin, dua penerbangan bantuan tiba di lapangan terbang Karachi dari Oman, satu dari Dubai dan sebuah lagi penerbangan yang diatur UNICEF.


Turkiye dan UAE menghantar paling banyak bantuan menerusi udara selain menggunakan tren oleh Turkiye.


Enam "Tren Ikhlas" Turkiye berlepas pada Selasa manakala enam lagi bakal menyusul pada minggu-minggu akan datang, menurut laporan media Pakistan.


Sementara itu, Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa memaklumkan institusi itu 'sedang berusaha untuk segera menyediakan pakej bantuan serta pemulihan."


"Ia disediakan bagi membantu penduduk, kehidupan mereka dan infrastruktur segera serta untuk jangka panjang," menurut ADB sambil menambah bahawa maklumat lanjut akan diberikan apabila pakej bantuan dimuktamadkan.






Sumber: BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Curlastttt  ahkak angie.tak berkutik  pun retis2 kepam sendu  kt sini yg klau isu kt palestine, syria kemain  lagi. kenapa? pakistan ni bukan 'our  brothers  and sisters' ke?   xcukup  Islam? ke tak  cukup mata  biru,  kelabu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra: Curlastttt  ahkak an ...

ala satgi akak angie tu pergi bukan takde agenda, agenda dia ke sana satgi nak kutip anak2 pakistan jadi anak angkat dia la. Dia ni memang pantas bab2 ni. Bab2 nak kristiankan anak2 orang islam memang pantas puak2 kristian barat totok ni. Hari tu time acheh dilanda tsunami, berpusu2 acik mata biru datang bagi bantuan sambil bawa pulang anak2 acheh yang kehilangan mak bapa. Gila betul. Bantuan2 orang kristian barat ni sentiasa ada udang di sebalik mee. X pernah dia betul2 ikhlas nak bantu orang islam. Setakat ni org2 islam je yg benar2 ikhlas bantu non moslem tanpa sebarang agenda. Kalau yg x ikhlas tu bukan non moslem asli. Tu dipanggil muslim liberal yg dah dijajah pemikiran oleh budaya barat totok.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nampak tua dah acik angie ni.. Sama mcm bam Pitt...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 06:49 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 21-9-2022 07:10 PM
Itzy replied at 21-9-2022 02:40 PM
ala satgi akak angie tu pergi bukan takde agenda, agenda dia ke sana satgi nak kutip anak2 pakistan ...

takde agenda2 apa laa.mengarut je.dia sendiri dah kertu ,ramai anak2 dah besar ..x rasa dia nak amik anak angkat lagi.dia pun bukan kristian or percaya mana2 agama. penah terbaca interview dia  dulu dia bagi support kat anak2 dia klau anak dia nak kenal roots diorg atau nak practising mana2 agama.anak angkat pompuan dia zahara tu elok je besar dah pegi kolej.takde jadi kristian pun dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 06:51 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mmg dah lama dgn misi kemanusiaan mcm ni. Kenapa nak pertikaikan niat dan usaha dia?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:54 AM | Show all posts
fazamania replied at 21-9-2022 07:40 PM
Dia ni mmg dah lama dgn misi kemanusiaan mcm ni. Kenapa nak pertikaikan niat dan usaha dia?

Because some people do not see it as genuine but only to clean her image as a homewrecker.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.479739 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list