CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3832|Reply: 11

Betul ke faizal tahir eksiden????

[Copy link]
Post time 6-10-2010 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Faizal Tahir Kemalangan Di Penchala Link???                                                       

50Share


Kami baru mendapat email sebentar tadi yang menyatakan Faizal Tahir kemalangan/accident di Penchala Link. Kami masih belum dapat membuat pengesahan tentang berita ini. Berikut adalah email yang diterima.jika anda menerima ini..sila buat pengesahan..saya tak mahu nama disiarkan..
berita yang saya sampaikan adalah benar dan mempunyai bukti. Faizal Tahir telah mengalami kemalangan sehingga kereta yang beliau pandu sendiri berpusing beberapa kali dan melanggar tembok di lebuhraya penchala link pada pukul 3am pada 4hb Oct 2010.


Rasanya pagi nanti kami akan dapat confirmkan berita kemalangan accident Faizal Tahir ini. Buat masa ini marilah kita doakan yang perkara ini tak betul. Semoga semuanya selamat untuk Faizal Tahir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 04:33 PM | Show all posts
betul ke ni?..hopefully semua selamat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 05:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by philosopher at 6-10-2010 17:36

i don't know....i baru terbace pasal ni td....tp dr sumber yg bole dipercayai...FT mmg eksiden...tp kete je terok...die alhamdulillah...ok....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 06:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 6-10-2010 18:08

tgk pic keta dia kt twitter. remuk skit kt dpn. skit ja. rasa2nya FT takde apa2 tp mungkin cuma terkejut skit la. don wori, kita jez doakan segala2nya ok dan biarkan dia berehat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 10:00 PM | Show all posts
Faizal Tahir Luka & Bengkak Kaki Akibat Kemalangan
mStar Online
Oleh FERIDE HIKMET ATAK


Faizal Tahir mengalami kecederaan pada kakinya yang baru sahaja dibedah itu.

PETALING JAYA: Penyanyi popular, Faizal Tahir luka dan bengkak pada kakinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya Penchala Link menghala ke Damansara dekat sini pada pukul 3 pagi, Isnin.

Menurut pihak pengurusan Monkeybone, Helmi Hamdan, kereta Honda Civic Type-R yang dipandu sendiri oleh Faizal berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu melanggar tembok.

"Setakat ini, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah, tiada kecederaan serius. Cuma dia mengalami demam teruk disebabkan terkena hujan pada hari kejadian.

"Kakinya yang baru lepas pembedahan pula luka dan bengkak disebabkan terkena papan pemuka (dash board).

"Menurut Faizal menerusi SMS yang dihantar kepada saya, ketika kejadian, dia merasakan seperti ada minyak pada permukaan jalan raya menyebabkan keretanya terbabas," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Helmi pula tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai kejadian itu. itu.

Selain Faizal, turut berada dalam kereta berkenaan ialah adiknya tetapi dia tidak mengalami kecederaan.

Tambah Helmi, buat masa ini, segala aktiviti seni yang berlangsung pada bulan Oktober ini terpaksa dibatalkan dan Faizal akan kembali bergantung kepada tahap kesihatannya.

Faizal pula gagal dihubungi untuk menceritakan insiden berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 07:42 AM | Show all posts
hopefully beliau cpt sembuh n dpt kembali meneruskan aktivitinya spt besa...dh ler x lama lgk semi final Muzik2 nieee....huhuhuuh...(daku kompiden sgt sekurang2nya 1 lagu beliau tsenarai dlm list semifinal itu....)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2010 02:51 PM | Show all posts
tp jalan kt penchala link tu mmg bahaya pun...
bulat byk kali gak hampir terbabas kat situ especially time hujan...
& mmg selalu pun ade accident yg teruk2 sampai ade yg maut pun kat area situ...

skrg x berani dh bwk laju esp. time ujan kalau lalu kat area menghala ke Damansara lepas dari interchange TTDI tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 03:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 07:23 PM | Show all posts
baru kutahu dashboard = papan pemuka
syclenz Post at 7-10-2010 15:01



sama2 lah kiter belajar bahasa melayu yer... hehe
kalo takder berita ni, memang aku tak tau la papan pemuka tu aper...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 02:50 PM | Show all posts
kesian abang pezal
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 03:00 PM | Show all posts
harap2 cepat sembuh............
me suka lagu dia ada uara tersendiri.......
kalau org lain nyanyi haram langsung tak sedap......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2010 10:16 PM | Show all posts
harap2 cepat sembuh............
me suka lagu dia ada uara tersendiri.......
kalau org lain nyanyi  ...
jayleedaisuki Post at 8-10-2010 15:00


tau xpe.FT nyanyi lagu ape pon...automatik trus best lagu tuh....i like...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.073215 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list