View: 859|Reply: 1
|
Setahun nama tercemar, Park Hye-soo kembali
[Copy link]
|
|
PARK HYE-SOO
Setahun nama tercemar, Park Hye-soo kembali
SEJAK awal tahun lalu, nama Park Hye-soo pernah tercemar dek terjebak isu buli ketika zaman persekolahan.
Impak tuduhan tersebut, Hye-soo terpaksa ‘menghilangkan’ diri, selain drama lakonannya, Dear. M ditangguhkan tayangan sebelum akhirnya menemui penonton sekitar Jun lalu.
Meskipun pernah tampil menafikan dakwaan yang tersebar, namun tuduhan sebagai pembuli benar-benar membuatkan karier pelakon itu di ambang kehancuran sehingga memaksanya membuat keputusan ‘hiatus’ seketika dari dunia hiburan.
Kini selepas lebih setahun, Hye-soo akhirnya membuat kemunculan di hadapan umum buat pertama kali apabila menghadiri Festival Filem Antarabangsa Busan 2022 semalam.
Acara berkenaan menyaksikan Hye-soo tampil memberi sokongan untuk filem bebas lakonannya yang berjudul You and I arahan Jo Hyun-chul.
Februari tahun lalu, timbul dakwaan mengatakan Hye-soo pernah menjadi pembuli ketika zaman sekolah.
Bagaimanapun, pelakon kecil molek itu tampil mempertahankan diri dengan satu pendedahan, kononnya dialah yang sebenarnya menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan, bukannya geng pembuli seperti yang diperkatakan.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... rk-hye-soo-kembali/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I hope fans accept her return. |
|
|
|
|
|
|
| |
|