View: 667|Reply: 1
|
100,000 peminat hadir konsert percuma BTS untuk bida Ekspo Dunia Busan 2030
[Copy link]
|
|
Kira-kira 100,000 penonton menyaksikan konsert percuma BTS bertema 'BTS Yet To Come in Busan', yang turut disiarkan secara langsung buat peminat mereka di seluruh dunia, pada Sabtu. - Foto Facebook World Music Awards
BUSAN: Kira-kira 100,000 penonton dari seluruh dunia menyaksikan konsert percuma kumpulan sensasi K-pop, BTS, pada Sabtu.
Persembahan superstar dunia pada konsert bertema 'BTS Yet To Come in Busan' ini sungguh hebat dan bertenaga, mendendangkan lagu-lagu popular mereka seperti Dynamite, Butter, Boy in Luv dan Ma City pada konsert yang belangsung selama 90 minit di Stadium Utama Asiad, di sini.Konsert itu turut disiarkan secara langsung khas buat peminat mereka di seluruh dunia.Bak Mi Jeong, 33, seorang penganalisis alam sekitar yang bekerja di syarikat swasta berpangkalan di Seoul, berkata suasana baik yang dikongsi sepanjang konsert itu sememangnya positif untuk menceritakan kepada dunia mengenai Busan.
"BTS memainkan peranan besar dalam menyebarkan berita mengenai Busan. Saya optimis jika Busan menganjurkan Ekspo Dunia pada 2030, ia akan memberi banyak manfaat ekonomi kepada negara, contohnya dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada lebih ramai orang di sini," kata anak kelahiran Busan itu kepada Bernama.Bagi Lee Yuna dan Kim Min Gyeong pula konsert itu telah menarik perhatian dunia ke Busan.
"Ia konsert percuma dan sungguh mengejutkan, melihat bagaimana konsert itu mampu memberikan impak besar mengenai bandar Busan. Kami bangga melihat betapa berkesannya mesej yang mereka sampaikan melalui penganjuran konsert malam ini," kata pelajar sekolah menengah dari Seoul itu.
BTS, yang dipilih sebagai duta perhubungan awam untuk bidaan itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan bandar Busan pada Jun tahun ini.
MoU itu antara lain bertujuan mempromosi bandar berkenaan untuk konvensyen berprestij oleh Biro Pameran Antarabangsa (BIE).
Ekspo Dunia merupakan festival antarabangsa terbesar selain Piala Dunia dan Olimpik.Penganjuran ekspo itu dianggarkan menyumbang impak ekonomi bernilai 61 trilion won (US$49.1 bilion), lapor agensi berita Yonhap.
Korea Selatan bersaing dengan dua negara lain -- Itali dan Arab Saudi -- untuk menganjurkan ekspo itu, dan pemilihan akhir dijangka diumumkan pada November 2023.
-- BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|