CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 633|Reply: 0

Jangan anak tirikan sukan rali

[Copy link]
Post time 16-10-2022 10:17 AM | Show all posts |Read mode

SUTAN memenangi perlumbaan Rally of Thailand 2022. FOTO FB Sutan Mustaffa Salihin

Kuala Lumpur: "Sukan lumba rali sudah mati di Malaysia sejak 2019, sebab itu kami memilih untuk pergi berlumba di Thailand."

Demikian luahan pelumba rali negara, Sutan Mustaffa Salihin yang juga juara keseluruhan bagi perlumbaan Rally of Thailand 2022, baru-baru ini.

Pelumba berusia 50 tahun itu berharap dengan kejayaannya di peringkat antarabangsa mampu membuka mata pihak berwajib untuk membantu dalam usaha menghidupkan kembali sukan terbabit.


Malah, Sutan Mustaffa mengakui penyertaannya dalam kejohanan yang sudah memasuki edisi ke-35 di Thailand itu juga adalah bertujuan untuk mencipta nama dan membawa cabaran dari Malaysia ke peringkat tertinggi.

"Sukan lumba rali ini jangan dianak tirikan. Jangan hanya MotoGP atau Formula Satu (F1) saja dan tak habis-habis dengan drag. Rali ini ada lahirkan juara dunia seperti Karamjit Singh.

"Saya minta pihak berkenaan selepas ini berikan perhatian yang lebih kepada sukan rali ini dan berikan bajet sepatutnya," kata pelumba yang sudah menceburi sukan lumba rali sejak 1997 itu.

Sutan Mustaffa berkata, peminat sukan lumba rali di Malaysia masih ramai, bagaimanapun kesukaran untuk menganjurkan sebarang kejohanan ketika ini adalah disebabkan kekurangan bajet.

"Penganjur di Malaysia sebelum ini seperti Wheel Sport Management (WSM) sudah tidak ada bajet untuk adakan sebarang kejohanan rali," katanya.

Terdahulu, Sutan Mustaffa yang bergandingan bersama penunjuk arah, Shahrol Zainal mempertaruhkan jentera jenis Subaru Impreza WRX 2000cc 4WD Turbo mengungguli dua pusingan perlumbaan yang berlangsung di Rayong, Thailand sebelum memastikan gelaran juara keseluruhan menjadi milik mereka.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai pelumba ketiga negara yang meraih gelaran juara keseluruhan Rally of Thailand selepas Karamjit Singh dan Saladin Mazlan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -tirikan-sukan-rali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.053672 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list