CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2484|Reply: 0

UPM Menang Anugerah Platinum, 2 Emas BIS

[Copy link]
Post time 25-10-2010 11:00 PM | Show all posts |Read mode
UPM Menang Anugerah Platinum, 2 Emas BIS


                              Bakri Bakar @ Ismail (kiri) dan Dr. Mohd Yunus Abd Shukor bersama pingat masing-masing di London Baru-baru ini.



LONDON: Dua penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih Anugerah Khas Platinum dan  dua pingat emas di Pameran Antarabangsa Rekaan British (BIS 2010) di Alexandra Palace di sini baru-baru ini.

Anugerah Khas Platinum dan satu pingat emas dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Mohd Yunus Abd Shukor dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dengan produknya Multiple Xenoassay Kit for detecting Environmental Toxicants.

Produk yang turut memenangi pingat emas itu merupakan kit untuk menentukan kandungan logam berat tercemar dan toksid dalam air dengan mencampurkan sampel yang diuji dengan enzim di dalam kit.

Pertukaran warna kepada biru menjukkan kehadiran logam berat manakala perubahan kepada warna perang menunjukkan ketiadaan bahan berkenaan.  Teknik tersebut sensitif kepada beberapa jenis logam berat seperti merkuri, argentum, plumbum, zink, kadmium dan kuprum.

Sementara itu, pingat emas kedua dimenangi oleh Bakri Bakar dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina dengan projek SRAS-Self Retaining Anal Speculum iaitu produk yang berfungsi sebagai alat bantuan pakar bedah ketika memeriksa kawasan hujung dubur manusia.

Alat pakai buang plastik bio-komposit ini dimasukkan dari luar anus sehingga rektum pesakit untuk memudahkan pemeriksaan dan pembedahan pesakit serta mengurangkan infeksi pencemaran.

Sebanyak 92 produk yang telah dipertandingkan dari seluruh dunia termasuk empat institusi pengajian tinggi awam dan satu institut penyelidikan dari Malaysia.


sumber mstar online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066913 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list