View: 1017|Reply: 1
|
Rekaan Unik Menghiasi Jari Manis Selebriti Ini. Cincin Kahwin #4 Paling Win
[Copy link]
|
|
Rekaan Unik Menghiasi Jari Manis Selebriti Ini. Cincin Kahwin #4 Paling Win
“Alahai cantiknya cincin perkahwinan yang menghiasi jari manis para selebriti ini. Bolehlah kamu jadikan inspirasi kalau rasa nak tempah nanti.”
Setiap kali selebriti mengumumkan akan berkahwin, kita tak dapat lari daripada memerhatikan jari manis. Sibuklah nak tahu cincin yang dipakai mereka, macam mana rekaan, berapa karat dan harga. Padahal nak beli, belum tentu mampu tapi sekadar nak cuci mata.
Entry kali ini, Miss Murai nak kongsi beberapa selebriti dengan cincin perkahwinan mereka yang agak luar biasa rekaan. Sama ada batu permata atau mutiara, perincian unik lari daripada rekaan yang tradisional tapi masih ada statement, menjadikan ia sebentuk cincin paling cantik sekali.
#1 Lily Collins
‘Emily in Paris’ ini menyarung sebentuk cincin berlian tradisional dengan batu morganit di tengah, rekaannya memberi kesan vintaj.
#2 Katy Perry
Tersergam indah dengan berlian berbentuk bujur berwarna merah jambu diapit pula lapan berlian putih dikelilingnya menjadikan ia sebentuk cincin bagaikan bunga mekar.
#3 Emma Stone
Cincin mekar dengan mutiara Ayoka di tengah, dan dikelilingi oleh lingkaran berlian, menjadikannya cincin yang menepati kecantikan asli.
#4 Ariana Grande
Cincin yang disarung penyanyi genit ini sangat flawless, dengan 5 karat berlian berbentuk oval tanpa sebarang warna, dan mutiara kecil diletakkan bersebelahan dengannya.
#5 Emily Ratajkowski
Cincin ini bukan satu, tetapi dua batu berlian (satu berbentuk buah pir, satu persegi) lengkap dengan ikatan perkahwinan emas kuning.
Semuanya cantik, tapi Lily Collins dengan rekaan vintaj tersangatlah klasik. Love!
Sumber:https://murai.my/2022/163461/rek ... ling-cantik-sekali/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cantik cincin ariana grande |
|
|
|
|
|
|
| |
|