CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5584|Reply: 10

Kenali Nyamuk

[Copy link]
Post time 12-11-2010 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Nyamuk kemudaratan atau kebaikanOleh DR. AWANG BONO
dan DR. NORMAWATY MOHAMAD NOOR

Nyamuk Culex bertelur di dalam mangkuk yang disediakan bersama-sama telur-telur nyamuk yang dihasilkan sebelumnya oleh nyamuk-nyamuk yang lain. Kelihatan juga anak-anak nyamuk (jejentik) yang baru menetas.



Nyamuk merupakan suatu perkataan yang terlalu lumrah bagi kehidupan manusia. Perkataan ini amatlah sukar untuk dipisahkan daripada kehidupan seharian kita.
Sehinggakan peribahasa kita juga ada yang menggunakan perkataan nyamuk misalnya marahkan nyamuk kelambu di bakar.

Bagi masyarakat Malaysia, kita mengenali nyamuk dengan kesan-kesan penyakit yang dibawa olehnya.


Pada tahun 1950-an dan 1960-an, nyamuk tiruk terkenal kerana malaria, manakala pada tahun 1970-an dan1980-an, nyamuk aedes pula menjadi popular kerana denggi.


Sekarang nyamuk Culex pula muncul kerana Japanese Encephalitis (JE) dan juga selesema burung.


Namun ramai daripada kita tidak benar-benar tahu kenapa nyamuk wujud.
Nyamuk hidup dengan jangka hayat yang pendek iaitu antara 10 dan 14 hari.

Kitaran hidup nyamuk bermula dengan telur menetas menjadi larva atau jejentik dan seterusnya menjadi pupa sebelum berubah menjadi nyamuk dewasa.


Telur nyamuk boleh dijumpai terapung di atas permukaan air sementara larva nyamuk dan pupa akan berada di bawah permukaan air.

Semua kitaran tersebut kecuali nyamuk dewasa, memerlukan air untuk hidup.

Nyamuk memanglah sentiasa ada dan jumlahnya bergantung kepada kedudukan geografi.


Umpamanya, di ladang-ladang dan di pinggir-pinggir hutan atau belukar, bilangan nyamuk agak banyak hingga menyusahkan kehidupan manusia.

Kewujudan nyamuk merupakan asas rantaian makanan bagi kehidupan di bumi.

Nyamuk merupakan makanan kepada beberapa jenis serangga dan reptilia kecil manakala larva nyamuk pula merupakan makanan kepada anak-anak ikan.


Dalam era kemodenan sekarang ini, banyak racun serangga perosak telah digunakan dengan meluas dalam sektor pertanian atau secara persendirian untuk mengawal serangan serangga perosak.


Tetapi penggunaan racun serangga telah menyebabkan pengurangan atau kepupusan ikan-ikan air tawar tempatan.
Sebagai contoh, ikan-ikan laga tempatan yang mudah didapati di saliran-saliran air di seluruh negara amatlah sukar untuk diperoleh pada masa ini.

Salah satu sebab pengurangan itu disebabkan kegunaan racun serangga yang telah mengubah kualiti air dan menjadikannya tempat yang kurang sesuai untuk ikan ini membiak.

Sebab lain ialah kurangnya makanan semula jadi iaitu larva atau jejentik nyamuk untuk anak-anak ikan membesar.
Oleh itu, untuk mengurangkan kadar kepupusan ikan ini, satu kaedah perlu dicari dalam usaha pemuliharaan ikan-ikan air tawar tersebut.


Satu kaedah yang boleh diaplikasi ialah pengumpulan dan penetasan telur nyamuk secara terancang.


Persoalannya sekarang ialah bagaimanakah untuk mengumpulkan telur-telur nyamuk yang berkeliaran supaya ia boleh ditetaskan dan digunakan sebagai makanan ikan?

Mungkin pengamal akuakultur sudah mencubanya tetapi kebanyakan adalah rahsia atau telur nyamuk diperoleh dengan mengutipnya di dalam kolam-kolam atau lopak air.


Teknik mengutip telur nyamuk merupakan teknik yang tidak berdaya saing kerana memerlukan masa dan tenaga yang banyak.
Satu cara yang mungkin praktikal dilakukan ialah dengan menarik nyamuk-nyamuk untuk bertelur ditempat yang disediakan.
Tetapi apakah yang boleh menarik minat nyamuk untuk datang dan bertelur di tempat-tempat seperti ini?

Sekiranya kita dapat merungkai keperluan habitat nyamuk, maka bukan sahaja mendapat faedah dengan penghasilan makanan anak-anak ikan malah kita juga dapat mengurangkan populasi nyamuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2010 02:49 PM | Show all posts
selalu kena gigit nyamuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 02:53 PM | Show all posts
Kajian UMS ternak nyamuk

Teknik pengumpulan telur nyamuk-nyamuk Culex dengan simulasi habitat semula jadi. Tangki ternakan ikan keli telah ditambah sedikit dengan air hijau yang mengandungi plankton dari tangki air ikan puyu.



Menyedari kepentingan nyamuk dalam kitaran makanan anak-anak ikan air tawar, satu penyelidikan telah dijalankan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tujuan penyelidikan tersebut ialah untuk mengumpul dan menetaskan telur-telur nyamuk Culex secara terancang sebagai makanan anak-anak ikan hiasan.


Projek tersebut dijalankan dengan menggunakan prasarana ternakan ikan dan juga peralatan makmal yang sedia ada di UMS.


Walaupun penggunaan jejentik nyamuk sebagai pemakanan anak-anak ikan telah diketahui oleh pengamal ternakan ikan, namun pengumpulan telur nyamuk secara terancang belum pernah dilaporkan.

Menerusi penyelidikan itu, air hasil daripada ternakan ikan puyu dan ikan keli digunakan.


Penternakan ikan keli dilakukan secara yang biasa seperti yang dilakukan oleh penternak-penternak keli dalam tangki.

Manakala ikan puyu dipelihara dalam tangki dengan kuantiti ikan yang sedikit dan digunakan untuk menghasilkan plankton atau lumut hijau (contohnya Chlorella, Ankistrodesmus)

Air yang telah didiami oleh ikan-ikan ternakan ini dengan jangka masa dua minggu atau lebih akan di ambil dan digunakan untuk pengumpulan telur nyamuk secara terancang.


Air dari tangki ikan puyu dan air dari tangki ikan keli dicampurkan dengan nisbah yang sama dan dimasukkan ke dalam mangkuk yang disediakan


Mangkuk yang mengandungi campuran air ini disimpan ditempat yang terlindung dari angin, air hujan dan sinaran langsung cahaya matahari.


Ini adalah kerana nyamuk Culex menggemari air yang tenang dan terlindung dari tiupan angin yang kuat.
Satu lagi kaedah yang boleh dilakukan ialah dengan meletakkan pokok keladi bunting di dalam bekas yang diletakkan di dalam tangki yang berisi campuran air.

Di dalam kaedah ini, kita sebenarnya cuba untuk meniru habitat semulajadi nyamuk Culex dengan menyediakan habitat yang menyerupai habitat semula jadi.


Campuran kedua-dua jenis air iaitu air tangki keli yang mengandungi bahan organik dan air tangki ikan puyu yang membekalkan plankton akan menarik minat nyamuk Culex untuk bertelur.

Kedua -dua bahan tersebut iaitu bahan organik dan plankton diperlukan sebagai makanan kepada larva nyamuk yang akan menetas.


Menternak nyamuk


Nyamuk Culex mudah didapati kerana ini selalu berada di luar rumah iaitu di kawasan yang terdapat makanannya seperti haiwan ternakan (ayam, kambing, lembu dan juga babi).

Nyamuk Culex yang tertarik akan kandungan air ini akan bertelur di mangkuk yang disediakan dari senja hingga ke pagi.
Telur nyamuk Culex mudah dikenali kerana telurnya terkumpul dalam bentuk papan serta setiap papan mengandungi 200-500 biji telur.


Sebagai perbandingan, telur nyamuk aedes tidak terkumpul, tetapi tertabur sebiji-sebiji di merata tempat.

Dalam mangkuk yang berukuran garis pusat empat inci, ia mampu menarik sehingga melebihi 50 ekor nyamuk untuk bertelur.
Bergantung kepada musim dan cuaca bilangan nyamuk bertelur didalam mangkuk-mangkuk yang disediakan disini boleh mencapai 500 ekor dalam satu malam.


Bergantung dengan tujuan pengumpulan telur nyamuk ini, telur-telur nyamuk yang terkumpul boleh ditetaskan untuk kegunaan makanan anak - anak ikan hiasan atau ikan air tawar tempatan , penyebaran vaksin untuk binatang/burung liar atau dimusnahkan untuk tujuan pengurangan populasi nyamuk.


Untuk tujuan penyebaran vaksin telur-telur nyamuk yang ditetaskan boleh dicampurkan dengan vaksin dan dibela hingga menjadi nyamuk dewasa sebelum dilepas sebagai agen penyebar vaksin.


Penemuan teknik tersebut dapat membantu penyelidikan yang telah dijalankan oleh saintis lain di mana vaksin telah dicipta untuk disebarkan oleh nyamuk kerana setakat ini teknik untuk menternak nyamuk secara terancang belum dibangunkan.
Teknik yang serupa juga berpotensi untuk dibangunkan untuk nyamuk-nyamuk lain seperti Aedes.

Sekiranya pengumpulan telur-telur nyamuk Aedes secara terancang boleh dilakukan ini pasti boleh membantu pembasmian nyamuk aedes dan mengawal wabak denggi.

Sebagai contoh teknik menternak nyamuk secara terancang ini amat berguna di dalam penternakan ikan hiasan.
Telur atau jejentik nyamuk boleh diletak di dalam akuarium yang mengandungi anak-anak ikan hiasan.


Pencampuran atau penambahan telur atau jejentik nyamuk ke dalam akuarium ikan hiasan ini bergantung kepada umur anak-anak ikan dan juga saiz jejentik.

Sebagai contoh untuk ikan laga yang baru menetas, telur nyamuk dimasukkan terus ke dalam akuarium, sebaik saja telur nyamuk menetas, larva ini akan dimakan oleh anak - anak ikan.


Larva nyamuk yang baru menetas merupakan makanan yang penting bagi anak-anak ikan laga sebaik saja anak - anak ikan ini kehabisan makanan simpanannya.


Manakala anak-anak ikan laga yang berumur 14 hari amat menggemari anak-anak nyamuk yang berumur dua hari keatas.
Sebagai contoh lain anak-anak ikan haruan juga amat menggemari jejentik nyamuk. Dengan pemakanan jejentik nyamuk ini anak-anak ikan haruan kelihatan membesar lebih cepat.

Kesimpulannya penemuan teknik penetasan telur nyamuk secara terancang ini bersama dengan penternakan ikan keli dan ikan puyu merupakan contoh pertanian bersepadu yang boleh dijalankan oleh para penternak ikan.

Ini adalah kerana ia melibatkan kaedah yang mudah dan tidak memerlukan keluasan tanah yang besar.


Di samping itu, kaedah ini amat berpotensi untuk membantu di dalam usaha pemuliharaan haiwan-haiwan terancam seperti ikan laga.


Ini membuka peluang perniagaan kepada penternak-penterna ikan kerana industri ikan air tawar seperti ikan hiasan bernilai tinggi.
Dari sudut kesihatan, kaedah ini boleh digunapakai untuk mengurangkan populasi nyamuk dan seterusnya pengawalan penyakit berjangkit bawaan nyamuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 02:54 PM | Show all posts
Reply 2# jingga007


    sakit ker...masuk hospital x
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 02:55 PM | Show all posts
Reply 4# chewan


    kalau denggi..haruslah masuk

ni ai sapu minyak geliga tu je tp tak tahan lah kalau kena gigit nyamuk gatal satu badan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 05:30 PM | Show all posts
x suka nyamuk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2010 07:52 AM | Show all posts
smlm tido kene geget nyamuk~~~~!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 11:07 AM | Show all posts
sekor nyamok pon dah cukup menyusahkan idop!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2010 12:40 PM | Show all posts
kalo kat kampung slalu kena gigit nyamuk:@ besar2 lak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 01:50 PM | Show all posts
Nyamuk yg sebabkan chikugunya tu plak nyamuk jenama aper ek???
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 02:06 PM | Show all posts
mau kena saman ngn jabatan kesihatan kalau bela anak2 nyamuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.072947 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list