|
Ayat pendinding diri : ianya dipanggil 3 Qul atau 4 Qul?
[Copy link]
|
|
Tu bukan jenisnya, tu bilangan bacaan. Terlupa letak "X" agaknya, 3x ke, 5x ke. Gosh, do you ...
DanIno Post at 22-11-2010 14:48
Apa kaitan laser, celupar dengan wahabi, salafi? Lagi bertambah persoalan karang.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kaitan laser, celupar dengan wahabi, salafi? Lagi bertambah persoalan karang.
(posted by ...
ibnur Post at 23-11-2010 07:59
Dah edit, tersilap post semua.... |
|
|
|
|
|
|
|
3 Qul dipanggil Al-Mu'awizat yg bermaksud pendinding. Jadi 3 Qul lah yang menjadi pendinding diri. Adapun 4 Qul adalah tambahan para ulama dlm meruqyah diri daripada gangguan syaitan dan jin. |
|
|
|
|
|
|
|
ada dlm hadith nabi tapi lupe mafhum mcm mana..rasulullah kata sblm nk tido baca ayat kursi dan 3 qul tiup pada telapak tgn dan sapu satu badan...malaikat akan melindungi mereka yg membaca nya |
|
|
|
|
|
|
|
orang melayu kita panggil ayat 3 qul. Surah al-falaq diwahyukan semasa Rasulullah saw disihir oleh seorang perempuan yahudi. Jibril as mengajar Rasulullah saw supaya membaca 3 surah yang dipanggil muawwizatain (al-ikhlas, al-falaq dan an-nass)... tidak termasuk al-kafirun. WA |
|
|
|
|
|
|
|
Tu bukan jenisnya, tu bilangan bacaan. Terlupa letak "X" agaknya, 3x ke, 5x ke. Gosh, do yo ...
DanIno Post at 22-11-2010 22:48
Insaf baca. marilah kita bersopan santun dalam berforum... |
|
|
|
|
|
|
|
3 Qul tu ayat pendinding? bior betui..... jgn sampai kita percaya ayat2 boleh mendinding pulak yer... dah masuk ketagori jampi dah tu, cuma pakai ayat al quran. lagi elok baca doa bahasa melayu jer rasanyer, mintak terus dari ALLAH perlindungan. takut niat kita tergelincir mengunakan ayat al quran sebagai jampi |
|
|
|
|
|
|
|
3 Qul tu ayat pendinding? bior betui..... jgn sampai kita percaya ayat2 boleh mendinding pulak yer... dah masuk ketagori jampi dah tu, cuma pakai ayat al quran.
cucur Post at 28-10-2011 11:40
As-Salam,
Ayat pendinding kat sini merujuk kepada nama panggilan untuk 3 Qul tue.
Bukanlah bermakna kiter berniat dalam hati cakap 3 Qul ni yang melindungi kita atau menjadi pendinding kepada kita.
Konsep tue dh salah.
Hakikatnya,
Kita membaca 3 Qul tu niat agar Allah melindungi kita dari sebarang gangguan jin, manusia dan seangkatan dengannya.
3 Qul tu kan ayat Allah.
Wajarlah kita berserah kepada NYA untuk membantu kita tatkala kita dalam kesusahan.
Lagipun,
Terdapat peristiwa di mana Rasulullah s.a.w pernah disihir dan baginda sendiri yg diajarkan oleh malaikat Jibrail a.s. supaya membaca
3 Qul itu.
Kiranya membaca 3 Qul tu, kita dh berusaha, berikhtiar dan bertawakal kepada Allah agar Allah melindungi kita.
Insya-Allah. Yakinlah pada Allah. Itu yg lebih afdhal dan terbaik.
Wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Bace 30 juzuk, bukan setakat 3 qul sahaja, Ayat Quran yang diamalkan boleh jadi syifa atau rahmat |
|
|
|
|
|
|
|
As-Salam,
Ayat pendinding kat sini merujuk kepada nama panggilan untuk 3 Qul tue.
Buk ...
ifzaarnia Post at 28-10-2011 21:42
cer citer kisah jibril ajar nabi ayat2 ni...x pernah lagi dgr citer ni |
|
|
|
|
|
|
|
cer citer kisah jibril ajar nabi ayat2 ni...x pernah lagi dgr citer ni
cucur Post at 31-10-2011 09:39
Ok. Nie iF ader jumpa hadith dan kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w disihir sehingga penurunan surah al-Falaq....
Hadis Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al-A'sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda: Wahai Aisyah, apakah engkau merasa bahawa Allah memberiku pertunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepadaNya? Dua Malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antara keduanya duduk di samping kepalaku, kemudian yang satu lagi duduk dekat kakiku. Malaikat yang berada di samping kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dekat kakiku atau sebaliknya (bercakap-cakap): Apa sakit orang ini? Yang ditanya menjawab: Tersihir. Seorang lagi bertanya: Siapakah yang menyihirnya? Yang satu lagi menjawab: Labid bin Al-A'sham Salah seorang bertanya: Di manakah sihir itu ditempatkan? Yang satu lagi menjawab: Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat dari kurma jantan. Salah seorang bertanya: Di manakah benda itu diletakkan? Yang satu lagi menjawab: Di dalam telaga Zu Arwan. Aisyah menyambung lagi: Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seolah-olah air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya. [Hadith Riwayat Muslim]
>>> Rujukan: Mujahidfillah
Kisah ini Nabi Muhammad s.a.w disihir, telah turunnya juga suruh al-Falaq:
Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah yang tergolong surah Makkiyah selepas Surah Al-Fiil. Surah ini mengandungi lima ayat dan diletakkan dalam susunan surah sebagai surah yang ke 113.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
3. Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
5. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
Kisah Penurunan Surah Al-Falaq
Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda). Maka, malaikat Jibrail turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq dan Surah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)
Menurut Abdullah Yusuf Ali, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad s.a.w., terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.
>>> Rujukan: Wikipedia
Dalam sumber yang lain....
Apabila Rasulullah s.a.w. jatuh sakit kerana disihir, Malaikat Jibril telah menjampi Baginda dengan membaca 2 Qul iaitu Surah An-Nas (Qul a’uzubirabbinnas) dan Al-Falaq (Qul a’uzubirabbil falaq) dan ditiup pada seluruh tubuhnya.
Salah satu daripada bahan sihir itu ialah 12 simpulan rambut Baginda. Diriwayatkan bahawa rambut Rasulullah s.a.w. diambil melalui seorang hamba Yahudi yang pernah bekerja sebagai khadam Baginda.
Al-Falaq [1] Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. [2] Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. [3] Dari bahaya gelap apabila ia masuk. [4] Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). [5] Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
Menurut riwayat al-Imam al-Bukhari dari ‘Aisyah r.a. katanya adalah Rasulullah SAW apabila beliau berada di tempat tidurnya setiap malam beliau menemukan dua tangannya kemudian menghembuskan pada kedua-duanya dan membaca (Qul a’uzubirabbinnas) dan (Qul a’uzubirabbil falaq) kemudian beliau sapukan dengan kedua-dua tapak tangannya semua bahagian tubuhnya yang dapat disapukan olehnya, beliau mulakan di atas kepala dan mukanya dan bahagian hadapan badannya.
>>> Rujukan: Nasbun Nurain |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ifzaarnia at 31-10-2011 15:48
Hadith Referring to al-Ikhlas
Also see: Al-Falaq, Al-Nas, Al-Mu'awwidhatayn
According to a hadith, this sura is an especially important and honored part of the Quran:
Imam Malik bin Anas has said that `Ubayd bin Hunayn heard Abu Hurayrah speaking:
"I was walking with the Prophet and we heard a man reciting "Say: He, God, is One" The God's Apostle said: "It is inevitable" I asked "what?": He responded: "Paradise."
Abu Said has narrated that he heard the Prophet saying:
"Isn't every one of you able to recite one third of the Quran during a night?" They thought it was very difficult, so they asked: "Who is able to do that, O Apostle of God?" He responded: "He is God, the One and Only is one third of the Qur'an."
Al-Bukhari reported from Amrah bint Abdur-Rahman, who used to stay in the apartment of Aishah radhi'Allahu 'anha, the wife of the Prophet, that Aishah said, "The Prophet sent a man as the commander of a war expedition and he use to lead his companions in prayer with recitation (of the Quran). And he would complete his recitation with the recitation, 'say He is Allah, One'. So when they returned, they mentioned that to the Prophet and he said, "Ask him why does he do that". So they asked him and he said, "Because it is the description of Ar-Rahman and I love to recite it". So the Prophet said, "Inform him that Allah the Most High Loves him."
This is how Al-Bukhari recorded this hadith in his book of tawhid. Muslim and an-Nisai also recorded it.
An authentic Hadith says ‘Say [recite] (Qul Huw allaahu Ahad) [Suraatul Ikhlaas] and al-M aw ’idhatayn ( Suratul Falaq and Suratun Naas ) three times in the morning and the evening; they will suffice you from everything.’ [Narrated by at-Tirm idhee. And Im aam Al-Albaanee authenticated it : 2829[6]
Narrated ‘Aisha: “Whenever Allah’s Apostle became sick, he would recite Mu’awwidhatayn (Surah al-Falaq and Surah an-Nas) and then blow his breath over his body. When he became seriously ill, I used to recite (these two suras) and rub his hands over his body hoping for its blessings. (Sahih al-Bukhari Vol.6 Bk.6 No.535)
Narrated ‘Aisha: “Whenever thy Prophet go went to bed every night, he used to cup his hands together and blow over it after reciting Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq and Surah an-Nas, and then rub his hands over whatever parts of his body he was able to rub, starting with his head, face and front of his body. He used to do that three times. (Sahih al-Bukhari Vol.6 Bk.6 No.536)
>>>> Rujukan:
1. Wikipedia : Al-Ikhlas
2. [6] |
|
|
|
|
|
|
|
yea biasa mmg amalkan membaca sural al-ikhlas, surah al-falaq dan surah An Nas tambah lagi dgn ayat qursi seblm tidor
baru nie ada dgr Fadzilah Kamsah pun suruh kita sebg mak pak watkan jugakkat anak sebelum diaorg tidor |
|
|
|
|
|
|
|
Bismilahirrahmanirrahim,
Jibril telah mengajar Baginda Rasulullullah zikir yang perlu diamalkan oleh umat Islam,
Setelah Solat lima waktu, baca Tasbih 10x Tahmid 10x dan Takbir 10x
Sebelum tidur, baca Tasbih 33x Tahmid 33x dan Takbir 34x |
|
|
|
|
|
|
|
Try baca lauanzalna (Al-Hasyr ayat 21-24)...
waktu nak makan baca surah quraisy...elak sihir... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...bnyak info dapat kat sini...terima kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
kupia posted on 27-10-2011 07:43 PM
orang melayu kita panggil ayat 3 qul. Surah al-falaq diwahyukan semasa Rasulullah saw disihir oleh seorang perempuan yahudi. Jibril as mengajar Rasulullah saw supaya membaca 3 surah yang dipanggil muawwizatain (al-ikhlas, al-falaq dan an-nass)... tidak termasuk al-kafirun. WA
Salam...
Post ni dah lama, tapi saja nak reply & bincang sikit lagi...
Mu'awwizatain secara literalnya merujuk kepada 2 permohonan perlindungan (dari Allah), maknanya perlindungan menerusi amalan 2 Surah yang bermula dengan "Katakan: Aku berlindung...", iaitu Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
2 Surah ini merupakan 2 Surah yang khusus untuk perlindungan kita terhadap perbuatan jahat dari kalangan Manusia (seperti penyihir) mahupun yang terlibat dengan perantaraan Jin.
Ucapan Ta'awwuz (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) merupakan ucapan permohonan perlindungan dari Allah terhadap Syaitan yang direjam.
Amalan 3 Qul (3 surah terakhir: Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas) atau 4 Qul (Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas) merupakan amalan
yang boleh diamalkan bersama Mu'awwizatain. Surah Al-Ikhlas ada fadhilatnya tersendiri (3 kali bacaan menyamai pahala bacaan seluruh Al-Quran), dan Surah Al-Kafirun juga ada fadhilatnya yang tersendiri:
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR At-Tirmizi)
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Hey as you guys wanted to read 4 kul surah in islam then I would highly say that go to islampak.com for the better and authentic content about islam, quran pak and more!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|