View: 2006|Reply: 4
|
Bagaimana untung dikira
[Copy link]
|
|
Salam kepada semua business2 otai, aku nak tanya sikit, mungkin soalan aku terlalu ringkas, tp aku serius bertanya, ok straight to the point. Bagaimana costing korang semua mengira keuntungan, sebbagai contoh kos produk korang ialah RM100, so berapakah sebut harga yg sepatutnya diberikan kepda para pelanggan, ini termasuk kos labour, kos trasnport dan lain2 kos berkaitan, so ringkasnya berapa % kah keuntungan yg sepatutnya, adakah 30%, 40%? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# botolair
Bagus tajuk benang nih..tingin gak nak tau sb baru nak jinak2 dgn bisnes....minat niaga memang ada dalam diri ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
rajin2 jgk web Dr.irfan khairi k |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Untuk meletak harga jualan bagi sesuatu produk itu berdasarkan kos produk itu sendiri. Jika dalam perniagaan makanan harga kos adalah 50% atau lebih dari harga jualan.
Harga Kos Makanan RM 1.30
Harga Jualan RM 2.60 hingga 4.20 keuntungan dari 30% hingga 50%
Contoh 1
Jualan RM 7280 100%
Kos Makanan RM 3058 42%
Kos Pekerja RM 1400 19%
Kos Utiliti RM 250 3%
Kos Pengangkutan RM 100 1.3%
Sewa Premis RM350 5%
Jumlah Kos RM5058 70%
Untung Bersih RM2122 30%
Contoh di atas hanya sesuai untuk perniagaan makanan.
Contoh 2
Kiosk Makanan berkonsep
Harga Jualan : 13,000.00
Yuran Franchise : 0.00
Kos Kiosk : 6,000.00 62%
Kos Pekerja : 1,500.00 12%
Kos Peralatan : 2,000.00 15%
Kos Bahan Mentah : 500.00 4%
Surat Perjanjian : 500.00 4%
Kos Pemasaran : 500.00 4%
Jumlah kos keseluruhan : 11,000.00 85%
Untung Bersih : 2.000.00 15%
Boleh kita bandingkan antara contoh 1 dan contoh 2 walaupun % untungnya tidak sama tetapi dari segi jumlah tidak banyak perbezaan, ini kerana kita boleh menjual banyak barang yang berharga murah dan kita mungkin boleh jual 1 sahaja barang yang mahal dalam satu bulan.
Untuk meletak sesuatu harga sebenarnya tiada had tapi lihat kepada niat kita samada hendak berniaga sambil bersedekah atau hendak mengaut keuntungan semata2.
3 Tips perniagaan dari Sahabat Rasullullah iaitu Abd Rahman Al Auf
1. Perkhidmatan yang pantas dan cepat
2. Untung yang sedikt.
3. Tiada bayaran ansuran iaitu bayaran tunai sahaja.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|