View: 221|Reply: 0
|
Amarjit dilantik sebagai setiausaha agung ACF
[Copy link]
|
|
Amarjit dilantik sebagai setiausaha agung ACF
AMARJIT (kiri) menegaskan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung ACF membuktikan kepercayaan Malaysia oleh perwakilan dari Asean. FOTO Ihsan Facebook Amarjit Singh Gill
Kuala Lumpur: Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill dilantik sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal Asean (ACF) pada Kongres ACF 2023 semalam.
Amarjit yang juga Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dipilih sebagai Setiausaha Agung ACF pertama selepas Persatuan Berbasikal Asean (ACA) diberikan nafas baharu kelmarin.
Seorang lagi Naib Presiden PKBM, Norazman Datuk Abu Samah turut dipilih sebulat suara pada Kongres ACF 2023 bagi menganggotai Jawatankuasa Pengurusan ACF bagi penggal 2023-2027.
Amarjit menegaskan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung ACF membuktikan kepercayaan Malaysia oleh perwakilan dari Asean yang mengharapkan sentuhan pentadbiran dan memastikan arah tuju baru ACF.
"Saya menerima perlantikan ini dengan hati yang terbuka. Dunia berbasikal Asia Tenggara sebenarnya mempunyai ramai personaliti yang hebat dari Thailand, Filipina dan Indonesia.
"Bagaimanapun, perwakilan memilih saya secara sebulat suara dan saya akan berusaha untuk memainkan peranan penting untuk transformasikan sukan berbasikal di Asia Tenggara," katanya selepas Kongres ACF 2023 di Siam Reap semalam.
Amarjit juga Naib Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) menegaskan Kongres ACF 2023 turut meluluskan Perlembagaan, logo dan nama baharu ACF secara sebulat suara.
Semua anggota ACF iaitu Malaysia, Thailand, Myanmar, Indonesia, Singapura, Timor Leste, Laos, Kemboja, Filipina, Vietnam dan Brunei menghadiri Kongres ACF 2023 tersebut.
Terdahulu pada Pilihanraya ACF 2023 menyaksikan 6 Ahli Jawatankuasa ACF dipilih termasuk Ekachai Savetsomphob (Thailand), Nou Chamreoun (Cambodia), Dr Hongkham Souvannavong (Laos), Atty Aveleo Sumagui (Filipina), Norazman Ab Samah (Malaysia) dan Vu Nguyuen Vu (Vietnam) bagi penggal 2023-2027.
Jeneral Decha dipilih sebagai Presiden ACF baharu menggantikan Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab yang melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada tokoh berbasikal dari Thailand.
Abu Samah memegang jawatan Presiden ACA sejak 2001 selepas mengasaskannya bersama seorang lagi tokoh berbasikal Thailand.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... etiausaha-agung-acf
|
|
|
|
|
|
|
| |
|