CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7584|Reply: 17

Dayang: Sayang Dan Cahaya Guna Komposer Antarabangsa

[Copy link]
Post time 12-12-2010 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by achik2009 at 12-12-2010 15:59

Dayang: Sayang Dan Cahaya Guna Komposer Antarabangsa




Teks: zyzamani
Foto: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR 10 DIS 2010:
Dua tahun muncul tanpa sebarang album studio, kini penyanyi popular Dayang Nurfaizah telah bersedia kembali untuk menyinari industri hiburan tempatan dengan produk baru berjudul Sayang & Cahaya.

Jika artis lain enggan mengambil risiko menerbitkan album dalam suasana yang lembab seperti ini, namun penyanyi kelahiran Sarawak ini optimis tuah bakal menyebelahinya. Kata Dayang, penghasilan album tersebut adalah hasil pujukan daripada peminat yang cukup merindui buah tangan terbarunya.

"Memang saya tahu masa kini bukanlah mudah untuk kita menjual album. Tapi saya bernasib baik kerana peminat sendiri yang inginkan album dari saya. Setiap kali jumpa mereka akan bertanya bila album baru akan keluar, ada juga yang mengadu tak puas hanya memiliki lagu muat turun dari internet dan sebagainya.

"Jadi kerana itu saya kembali dengan album baru ini khas untuk peminat tersayang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album tersebut, Menara Musthapa Kamal, PJ Trade Centre, Damansara Perdana petang, semalam.

Album kelapan yang juga merupakan album terbitan syarikatnya sendiri iaitu DN &AD Entertainment Sdn. Bhd. ini menyaksikan gabungan sentuhan komposer baru dan sedia ada.

"Saya tak kisah untuk menerima lagu daripada komposer baru seperti Zain Almohdzar kerana bagi saya apa yang penting ialah lagu-lagunya sedap untuk didengar. Pemilihan Audi Mok dan Afdlin Shauki kerana saya dah biasa bekerja dengan mereka dan selesa. Apa yang penting kesemua lagu mempunyai kualiti dan memuaskan hati saya," jelasnya.

Lebih mengembirakan hati Dayang, apabila dia mendapat peluang untuk bekerjasama dengan komposer kelahiran Malaysia yang aktif berkarya di Amerika Syarikat iaitu Zuriani Khalid Zonneveld dan pengarah muzik antarabangsa, Chukii Booker yang pernah terlibat dalam pemibikinan album penyanyi Mary J Blige dan Lionel Richie.

"Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan mereka. Semuanya secara kebetulan apabila seorang peminat mahu memberikan lagu kepada saya.Apabila mendengar lagu yang diberikan saya cakap ia tak sesuai dengan saya.

"Dia kemudian bertanya kepada saya jika berminat mahu diperkenalkan kepada Zuriani. Zuriani telah menghantar lima buah lagu kepada saya dan saya telah memilih dua buah lagu yang salah satunya milik Booker iaitu My Sunshine dan Stay. Asalnya saya mahu menukar kedua-dua lagu kepada bahasa Melayu tapi 'feel'nya tak sesuai. Jadi saya hanya minta Zuraini menukarkan lagu My Sunshine kepada Kau Bintangku," katanya dalam nada girang.

Album berkonsepkan R & B itu, juga menyaksikan penyanyi berusia 29 tahun ini berduet bersama dua penyanyi popular Indonesia, Marcell serta Tompi menerusi lagu Sayang dan perlukan Cinta.

Bakal berada di pasaran penghujung bulan ini, album tersebut menampilkan 12 buah lagu. Antaranya ialah Sayang, Rahsia Cinta, Sabarlah, Kau Bintangku, Stay, Sempurna Selamanya, Hingga Ke Akhirnya, Saat Itu, Life With You, Perlukan Cinta dan Ku Temu Cahaya.

"Dalam album ini sebuah lagu lama nyanyian Freedom iaitu Mulanya Di Sini. Saya pilih untuk nyanyikannya semula kerana saya amat minat sangat dengan lagu tersebut. Peminat akan dapat berpeluang mendengar versi baru lagu menerusi cara nyanyian saya," katanya.


Credits to murai.com.my


p/s: Congrats to Dayang   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2010 04:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by achik2009 at 12-12-2010 16:21

Dayang Nurfaizah - Sayang & Cahaya bukan 'syok sendiri'



[size=78%]"KALI ini saya sendiri yang tentukan arah saya. Selepas lapan tahun berjuang, saya yang menentukan ke mana arah tuju bagi Sayang & Cahaya," kata Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 29 atau Dayang.



Mendengar tutur bicaranya mengenai pembikinan album terbarunya, ternyata anak kelahiran Kuching, Sarawak ini sudah banyak berubah.

Apakah Dayang mahu 'tunjuk kuasa' dan enggan lagi mengikut telunjuk orang?

"Bagi saya ia perkara yang biasa berlaku apabila kita sudah menimba pengalaman dalam hidup.

"Saya ingin lebih jujur kepada diri saya sendiri dan juga peminat. Sudah sampai masanya saya mencorakkan sendiri bentuk lagu-lagu saya," kata Dayang.

Dia yang ditemui sewaktu menjayakan program Revolusi Anugerah Juara Lagu 25 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Semalam, Khamis, album solonya itu selamat dilancarkan di ibu negara.

[size=78%]CANTIK...Dayang dalam satu syot fotografi di Tasik Banding..


Dayang nampak begitu semangat sewaktu bercerita mengenai pembikinan album Sayang & Cahaya.

Sempat juga pengurusnya, Shaliza Kader Sultan menunjukkan sekeping gambar yang digunakan sebagai penghias muka depan album yang sudah pun diedarkan itu.

Ia menarik dan kreatif. Gambar itu menjadi bukti Dayang bukan lagi remaja dan penampilannya semakin matang.

"Saya kembali dengan konsep R&B dan agak rancak. Hanya ada dua saja lagu balada. Itupun tidaklah perlahan sangat melodinya.

"Memang saya gemarkan lagu berentak sedemikian. Dulu apabila menghasilkan album, saya akan mengambil lagu yang sudah ada dalam simpanan komposer. Setiap lagu dinilai dan dipilih, tetapi tidak dalam pembikinan Sayang & Cahaya di mana semuanya adalah dibuat khas mengikut apa yang saya mahukan," jelasnya.

Kenyataannya itu kedengaran seakan Dayang begitu memilih dan cerewet, namun bagi pemenang anugerah Album Pop Terbaik pada Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) awal tahun ini, sekiranya dia tidak berbuat begitu, album yang menampilkan konsep diimpikan tidak akan menjadi kenyataan sampai bila-bila.Kesungguhan Dayang dalam memastikan lagu ditampilkan benar-benar berkualiti dan memenuhi cita rasa turut diceritakan sewaktu penghasilan lagu Temu Cahaya karya Yassin.

Katanya, kerana mahu memastikan melodi dan susunan lagu berentak 'world music' itu menarik, dia sanggup menunggu sehingga dua tahun untuk disiapkan.

[size=78%]BINCANG...Dayang bersama pengurusnya, Shaliza dan Arman Gigi.


"Yassin bertemu dengan saya dan berkata, dia ada sebuah lagu yang sesuai untuk saya dendangkan. Melodinya sangat kuat.

"Sekali dengar ia sudah mampu menarik minat. Begitupun kerana ia tidak menepati cita rasa yang saya mahukan ubah suai terhadap susunan lagu Temu Cahaya dibuat. Ia mengambil masa panjang dan kami banyak berbincang.

"Setiap kali perubahan dibuat Yassin, saya akan dengar dan kalau masih tidak sempurna, perubahan dibuat sekali lagi sehinggalah kami berdua benar-benar pasti dengan apa yang dimahukan. Saya puas kerana kebanyakan komposer yang bekerja untuk album ini bersikap terbuka dengan setiap cadangan yang diberikan," katanya.

Proses sama juga turut dibuat bersama komposer lain yang terbabit dalam album ini seperti Audi Mok yang menyumbangkan dua lagu, Omar K dan Zain.

Afdlin Shauki turut mencipta sebuah lagu khas untuk album Dayang berjudul Hingga Ke Akhirnya dan susunannya dibuat Jenny Chin.




"Muzik lagu dicipta Afdlin, susunan muzik latarnya menggunakan khidmat Beijing Strings Orchestra dari China. Kebetulan Jenny sering terbang ke sana atas urusan kerja.

"Jadi kesempatan yang ada digunakan komposer terkenal itu untuk menggunakan khidmat pemuzik di sana. Selepas mendengar melodinya ia sangat 'meriah' dan cukup membuai perasaan," katanya.

Bukan itu saja, lebih membanggakan apabila komposer kelahiran Malaysia yang aktif berkarya di Amerika Syarikat dan pernah bekerja dengan pemenang Grammy Awards, Zuriani Khalid Zonneveld turut menyumbangkan lagu.

Menerusi Zuriani juga, Dayang diperkenalkan dengan Chukii Booker, pengarah muzik yang pernah bekerja dengan penyanyi antarabangsa antaranya Mary J Blige, Faith Evans dan Lionel Richie.

"Sayang & Cahaya menampilkan 12 lagu dan dua daripadanya adalah lagu Inggeris yang dihasilkan Chukii dan Zuriani.

Pada asalnya kedua-dua lagu dihasilkan mahu dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu, tetapi selepas ia dilakukan, 'feel' nya seakan tidak kena. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengekalkannya. Bagaimanapun satu lagi lagu dialih bahasa dan Zuriani sendiri mencipta liriknya," kata Dayang lagi.

Dalam album terbaru ini Dayang turut berduet dengan dua penyanyi lelaki popular Indonesia, Marcell dan Tompi. Namun lagu didendangkan adalah ciptaan komposer tempatan.

"Ingin saya tegaskan di sini mereka mendendangkan lagu ciptaan komposer tempatan. Tompi dan Marcell mudah memberikan kerjasama dan lebih penting mereka sukakan lagu yang dihasilkan komposer tempatan ini," katanya.

Lebih daripada itu, Dayang meluahkan rasa bertuah kerana album terbaru ini menampilkan karya dan bakat yang bukan calang-calang. Baginya segala yang berlaku sepanjang menghasilkan Sayang & Cahaya bagaikan rahmat.

Menyentuh mengenai tafsiran peminat kelak yang menganggap album dihasilkan 'syok' sendiri.

Jelas Dayang sebagai penyanyi dia mahukan perubahan dan cuba memastikan kerjaya seninya sentiasa ke hadapan.

"Ingin saya bertanya kembali, pernah atau tidak kita mendengar Mariah Carey menghasilkan lagu baru seperti sentuhan My All.

"Tidak ada bukan kerana ia ciptaan dianggap karya sepanjang zaman. Mariah sentiasa memastikan lagu didendangkan menepati cita rasa semasa.

"Tidak dinafikan ada peminat datang kepada saya dan bertanya mengapa tidak menghasilkan lagu seperti Selagi Ada Cinta. Melodi seperti itu sudah dilakukan sebelum ini. Saya mahu membawa peminat menghayati muzik yang lain pula, lebih segar dan relevan dengan situasi semasa," katanya.

Sementara itu Dayang dan pengurusnya, Shaliza kini akan berpisah. Apakah kerana mereka berselisih faham?

"Saya terpaksa meninggalkan Dayang kerana harus mengikut suami yang menetap di Amerika Syarikat.

"Hendak diikutkan memanglah sedih kerana kami sudah bersama hampir lapan tahun. Jatuh bangun kami bersama, tetapi perkara ini terpaksa dilakukan demi rumah tangga yang baru saja saya bina," katanya.

Bagaimanapun, jelas Shaliza, yang enggan mengulas panjang mengenai perkara itu walaupun kelak dia akan berada jauh di Amerika, segala perkembangan kerjaya Dayang akan tetap diperhatikan.

"Saya mungkin meninggalkan Dayang tapi ia tidak bermakna saya tidak akan mengurus Dayang lagi. Sekarang ini saya sedang meneliti beberapa pihak yang boleh mengambil alih tugas di sini namun saya akan memerhati dan bertindak sebagai penasihat kerjaya seni Dayang dari sana.

"Begitupun saya hanya akan 'terbang ke Amerika, Februari nanti.

"Jadi saya masih ada dua bulan untuk merangka segala strategi bagi memastikan album dihasilkan ini diterima peminat," katanya.

Selain itu Shaliza memandang pemergiannya mengikuti suaminya sebagai satu peluang untuk mengembangkan kerjaya seni Dayang di Amerika, malah sekarang ini pun dia sudah mula mencari jaringan kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi mengenengahkan album Sayang & Cahaya di sana.



Credits to rumahselebriti.blogspot.com  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2010 04:34 PM | Show all posts
Jumaat Disember 10, 2010

Dayang Nurfaizah Hilang Pengurus

Oleh AU YEONG HOW


                      Dayang Nurfaizah




PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah memberitahu berita sedih bahawa dia bakal kehilangan pengurusnya, Shaliza Kader Sultan yang tidak menguruskannya lagi berkuatkuasa awal tahun hadapan.


Menurut Dayang, Shaliza yang telah mengurusnya hampir 10 tahun berbuat demikian bukan kerana mereka mempunyai masalah tetapi dia perlu mengikut suaminya ke Amerika Syarikat.


"Ini tidak bermakna hubungan saya dan Kak Liza putus begitu sahaja. Kak Liza akan membantu untuk saya mempelajari selok-belok pengurusan artis terlebih dahulu," katanya.


Dayang berkata demikian pada sidang akhbar pra dengar album Dayang, Sayang & Cahaya di Menara Mustapha Kamal, PJ Trade Center, Khamis.


Album terbaru itu memuatkan 12 buah lagu yang majoritinya berunsurkan percintaan.








Antaranya, Mulanya Di Sini, Sayang, Rahsia cinta, Sabarlah, Kau Bintangku, Stay, Sempurna Selamanya, Hingga Ke Akhirnya, Saat Itu, Life With You, Perlukan Cinta dan Ku Temu Cahaya yang menjadi lagu tema Yayasan Aid Malaysia.


Album itu diterbitkan oleh syarikat Dayang sendiri iaitu DN&AD Entertainment Sdn Bhd.


Sementara itu, Dayang memberitahu, dia tidak tergesa-gesa mencari pengganti Shaliza kerana memerlukan masa untuk mencari mereka yang berpotensi menjadi pengursnya.


Ini kerana, katanya, perlu wujud keserasian antara dia dan orang yang dilantik menjadi pengurus.


"Saya lihat terdapat hikmah di sebalik kejadian ini kerana saya perlu belajar berdikari selepas ini," katanya.


Tambah Dayang, dia kini mempunyai pembantu yang menguruskan emel, serta teknologi maklumat yang dapat membantunya berurusan dengan Shaliza kelak.




Credits to mstar.com.my  

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 10:47 AM | Show all posts
aku suker suara dia..... best...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 02:19 PM | Show all posts
MAKIN CANTIK ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 02:27 PM | Show all posts
llloikkeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2010 09:05 PM | Show all posts
suker giler aku ngn dayng ni
setakt ni aku rase die la retis tnpe konterobesi

sore perghhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 08:10 AM | Show all posts
suka suara dia tp tak naper ramai org mcm takle terima style dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 09:34 AM | Show all posts
dayang
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:08 AM | Show all posts
album ni ade potensi menang besar dlm AIM...

aku nak dgr ler....
dayang sila rilis single skrg jua
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:16 AM | Show all posts
suka suara dia tp tak naper ramai org mcm takle terima style dia
nightwinkle Post at 15-12-2010 08:10


kat mesia genre R&B mungkin kurang follower
ditambah pulak dgn cara penampilan dayang yg agak seksi !
tapi kenapa dayang nampak laen sgt dlm gamba nie ?

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:44 AM | Show all posts
Reply 11# hayati_hassan


    make up plus after doing all the photoshop..tu yg buat muka n gambar dia lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:59 AM | Show all posts
aku kipas susah mati dayang...

x sbr nk tggu album baru kuar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 02:55 PM | Show all posts
Dayang Nurfaizah @ Live Interview at BFM

Dayang went on air in the program called Evening Edition With Caroline Oh on BFM 89.9 where she talked about her involvement with World AIDS Day and also her new album.




Listen to In-Conversation interview podcast with Dayang Nurfaizah HERE.

http://sayasayangdayang.blogspot.com/2010/12/dayang-nurfaizah-live-interview-at-bfm.html
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 01:01 AM | Show all posts
harap dayang sukses dgn albumni...
tak sabar nak mendapatkannya!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 02:33 PM | Show all posts
album ni ade potensi menang besar dlm AIM...

aku nak dgr ler....
dayang sila rilis sing ...
dauswq Post at 15-12-2010 10:08



    DAYANG ada peluang besar menang AIM 2010 nanti (hopefully VOKAL) tapi so sad bila dgr pengerusi AIM mengumumkan AIM akan dianjurkan bulan oct/nov. seolah2 nak tunggu anak E.M.A.S aim produce album sebelum penyertaan ditutup!! takut2 aim suram katanya.

dayang jarang2 menang aim disebabkan sistem penghakiman. chooy kannnn reporter pun mendominasi juri2 aim. apa kredibiliti reporter tu????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 09:08 AM | Show all posts
Reply 16# af_mania

Selagi Siti masih hidup, selagi itu lah AIM akan beri Vokal Terbaik untuk dia. Pendek kata, anugerah Vokal memang dah direserved untuk Siti, jadi yang lain tu tempelan saja. Itulah sebabnya industri musik Malaysia tak pernah berkembang, asyik asyik Siti Nurhaliza saja yang bolot anugerah. Para juri dan Siti sendiri patut rasa malu- it's a big joke! Malulah orang luar tengok, hebat sangatkah suara Siti tu sampai orang lain tak berpeluang untuk menang?????

Anyway, saya harap Dayang terus mempergiatkan karier seninya. Tak apalah kalau tak dipandang langsung untuk anugerah, janji produk yang Dayang keluarkan berkualiti, dan memberi kepuasan kepada dirinya dan para peminatnya yang setia. Kalau jualan album boleh buat duit sikit, ditambah dengan show-shownya, saya rasa Dayang masih mampu bertahan di persada seni. Dayang tak bernasib baik macam sesetengah artis tu- layanan first class, pelbagai 'anugerah tetap', tajaan beribu ringgit dsbgnya. Yang ada, cuma bakat anugerah Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 09:56 PM | Show all posts
dayang mmg bagus...maybe dalam 5-10 tahun akan datang dayang boleh berusaha untuk ke peringkat international....suka lagu LIL SECRET dayang nyanyi ngan liang...mmg boleh pegi jauhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.078080 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list