|
salam,
nk tnya skit, boleh ker kakitangan kerajaan daftar syarikat? contohnya nk daftar kedai runcit? klu xboleh utk milikan tunggal bleh ke jd shareholder? |
|
|
|
|
|
|
|
Xtau lah. Sy pun nk cari.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedikit info yang di jumpai
Pada dasarnya penjawat awam boleh menjalankan perniagaan sama ada secara online atau sebagainya dengan syarat hendaklah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan. Peraturan ini dinyatakan di bawah peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu mengenai pekerjaan luar.
Dari segi undang-undang mana-mana orang yang hendak menjalankan perniagaan perlu mendaftarkan syarikat atau perniagaan (enterprise). Berdasarkan peraturan, penjawat awam boleh mendaftarkan perniagaan (enterprise) untuk menjalankan perniagaan. Bagaimanapun jika melibatkan pendaftaran syarikat, terdapat larangan khusus yang dinyatakan di bawah perenggan 4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 tahun 1982 iaitu kaki tangan Kerajaan tidak dibenarkan dilantik atas nama persendirian dalam lembaga pengarah bagi mana-mana syarikat. Ini bermaksud penjawat awam tidak dibenarkan memegang jawatan pengarah dalam syarikat.
Kesimpulannya, penjawat awam boleh mendaftarkan perniagaan (enterprise) untuk menjalankan perniagaan sama ada:
- mengambil bahagian secara lansung atau tak langsung dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian atau perindustrian;
- mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja bagi mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu persendirian;
- sebagai seorang pakar, memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan percuma atau dengan mendapat upah; atau
- bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima.
Hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menjalankan perniagaan tertakluk kepada syarat di bawah peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Rujukan:
Nota Kaki:
Daftar perniagaan enterprise dan daftar syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd) adalah berbeza. Kecuali harta pusaka.
credit : http://www.hariadi.org/diari/pen ... gi-kakitangan-awam/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|