View: 809|Reply: 1
|
Perut Pun Tak Turun Lagi, Madammu Tiada Tanda Nak Bersalin Lagi?
[Copy link]
|
|
Kandungan sudah memasuki usia 38 minggu, usahawan kosmetik popular, Eriyca Baiduri atau Madammu tertanya-tanya mengapa belum ada tanda-tanda hendak bersalin.
Madammu yang berasa hairan masih belum ada sebarang tanda sedangkan tinggal dua minggu lagi hendak melahirkan zuriat sulungnya yang digelar sebagai Baby A berkongsi mengenainya di Instagram.
IG
“38 weeks Pregnant! Tiada Braxton hicks (kontraksi palsu), Perut pun tidak turun lagi, Adakah itu tanda tanda Baby A lambat lagi nak keluar?” tanyanya.
Pengasas Noir & Beauty itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran yang sama Madammu memuat naik fotonya ketika sesi penggambaran program terbaharunya Diari Madammu yang bakal disiarkan di Astro Ria mulai 3 Jun ini.
Perkongsian itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata daripada kaum wanita yang mempunyai pengalaman hamil.
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rs mcm lama dah die ni pregnant. |
|
|
|
|
|
|
| |
|