Serabut, sakit mata memandang keadaan bersepah, namun itulah yang dilakukan penuntut universiti tempatan.
Kekesalan terpaksa tinggal sebilik dengan rakan pengotor dan tidak pandai menjaga kebersihan bilik itu diluahkan seorang penuntut menerusi perkongsian di TikTok.
Tangkap layar memperlihatkan keadaan bilik wanita tersebut yang kotor dan tidak terurus.
Rakaman dimuat naik di TikTok Ziela memperlihatkan bilik yang didiami mereka dalam keadaan bersepah dan tidak terurus.
“Selalu nampak dekat TikTok orang dapat ‘roomate’ pengotor, kali ini jadi dalam hidup. Dapat yang pengotor dari awal semester sampai habis semester. Tiada perubahan,” rungutnya di kapsyen.
Menurutnya, rakan sebiliknya itu tiada tanda-tanda mengalami tekanan sehingga tidak boleh mengemas.
“Dia bukannya ‘stres’ belajar, balik pun hadap telefon juga. Ada saja masa dia nak mengemas, cuma diri sendiri yang malas, penat tegur tetap tak jalan,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengkritik kelakuan rakan sebilik wanita itu.
Sumber: KOSMO! ONLINE |